CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Kedah] Bob dan Azrul sudah ditahan

[Copy link]
Post time 19-4-2022 11:31 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Sungai Petani: Pecut kereta sebab cukai jalan tamat tempoh. Itu alasan diberikan suspek yang juga pemandu kereta Proton Wira kelabu yang melarikan diri ketika pemeriksaan polis di Pasar Awam Tikam Batu, di sini Sabtu lalu.

Alasan itu diberikan suspek yang dikenali sebagai Apit, 25, ketika disiasat selepas dia bersama tiga lagi rakan dikenali sebagai Kapit, 21, Bob, 19, dan Azrol berusia 22 tahun ditahan polis dalam dua serbuan berasingan.

Menurut sumber, dalam serbuan jam 1.30 pagi hari ini, Apit dan Kapit ditahan ketika berada dalam kereta di belakang lorong Kampung Sungai Pasir Kecil, dekat sini.

"Susulan itu, dua lagi suspek iaitu Bob dan Azrul ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Pegang Baling kira-kira dua jam kemudian.

"Polis turut merampas kunci serta kenderaan dinaiki mereka ketika kejadian iaitu Proton Wira kelabu dan hasil siasatan awal semua suspek didapati positif dadah," katanya.

Sumber berkata, semua suspek juga mengaku mereka berada dalam kenderaan terbabit ketika kejadian dan suspek yang memandu mendakwa dia memecut kereta kerana cukai jalan tamat tempoh.

"Setakat ini, semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

"Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) iaitu cubaan bunuh dan Seksyen 188 KK kerana ingkar perintah penjawat awam," katanya.

Ahad lalu, dua lelaki berusia 38 dan 41 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan masing-masing di Taman Keladi dan sebuah flat kira-kira jam 5 pagi.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati mereka bukan suspek yang melarikan diri ketika ditahan polis sehari sebelum itu, namun mengaku terbabit dalam satu kes samun di sebuah pasar mini di Kawasan Perindustrian Cendana, dekat sini pada 8 April lalu.

Susulan penahan dua suspek terbabit dapat membantu mengesan empat lelaki yang melarikan diri dengan memecut kereta ketika ditahan polis untuk pemeriksaan.

Dalam kejadian itu, polis terpaksa melepaskan lima das tembakan untuk menghentikan kenderaan suspek bagaimanapun mereka tetap berdegil dan memecut kereta dinaiki.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... azrul-sudah-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063692 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list