CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Kedah] Jalan runtuh ancam keselamatan penduduk

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:32 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN jalan runtuh yang membahayakan keselamatan penduduk di Kampung Teluk Sanau Dalam, Baling, Kedah. - UTUSAN/NORLIA RAMLI


BALING: Lebih 50 penduduk di Kampung Teluk Sanau Dalam di sini, bimbang dengan risiko keselamatan mereka apabila melalui jalan runtuh akibat hakisan dalam kejadian banjir pada Disember tahun lalu.

Kerosakan jalan tersebut semakin serius selepas didapati masih berlaku runtuhan terutama ketika hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung itu, Roslan Mohd. Akhir, 47, berkata, keadaan jalan yang rosak menimbulkan kerisauan kepada penduduk kampung yang berulang-alik menggunakannya.

“Lebih 50 penduduk kampung berulang-alik menggunakan jalan ini ke jalan utama yang terletak hanya 200 meter.

“Sekarang mereka terpaksa menggunakan laluan lain yang lebih jauh kira-kira satu kilometer kerana jalan tersebut hampir putus dan bahaya kepada pengguna,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang penduduk, Aziz Ludin, 56, pula berkata, dia percaya jalan tersebut akan rosak lebih serius sekiranya tidak diperbaiki segara.

“Saya dapati kesan runtuhan semakin luas sehingga kok saliran anak sungai terputus dan jambatan di jalan itu turut runtuh.

“Penduduk mengharapkan jalan itu dapat diperbaiki segera bagi memudahkan mereka menghantar anak ke sekolah dan urusan-urusan lain,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu, pihaknya akan menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 dengan segera untuk membaiki dan membina semula tebing jalan yang runtuh itu.

“Kerja-kerja membaiki jalan yang rosak itu akan dilakukan oleh Pejabat Daerah Baling dan diharapkan dapat disiapkan segera untuk kemudahan dan keselamatan penduduk,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... selamatan-penduduk/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.386794 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list