CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Kedah] Dua beradik harap kepulangan ibu, Aidilfitri ini

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:00 PM | Show all posts |Read mode

Pintu sempadan Malaysia-Thailand.

Alor Setar: Pandemik Covid-19 memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia termasuk ke atas dua beradik yang terpisah hubungan dengan ibu tanpa khabar berita.

Itu keadaan yang dilalui dua anak yatim, Siti Nur Liyana Qistina Mat Isa, 12, dan adiknya Siti Nur Laila, 10, yang kali terakhir dapat bertemu ibu mereka ketika Aidilfitri, tahun lalu.

Siti Nur Liyana berkata, mereka langsung tidak dapat berhubung dengan ibu, Siti Rahayu Abdullah, 42, yang pulang ke Thailand, pada Mei tahun lalu, untuk memperbaharui pasportnya.

"Saya tidak tahu ibu tinggal di wilayah mana di Thailand, Aidilfitri tahun lalu, kami adik-beradik masih dapat beraya dengan ibu... sudah setahun ibu pulang ke sana, langsung tiada khabar berita.

"Aidilfitri tahun ini, kami harap sangat dapat berjumpa ibu, saya dan adik hendak peluk ibu puas-puas.

"Ayah meninggal dunia sejak kami masih kecil, sejak itu ibu yang menyara hidup kami dengan menoreh getah, saya harap ibu sihat dan selamat di sana," katanya.

Siti Nur Liyana dan Siti Nur Laila adalah antara 40 anak yatim dan kurang berkemampuan yang diraikan pada Majlis Ramadan Kita E-Idaman di rumah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini, malam tadi.

Program julung kali diadakan itu turut mendapat kerjasama McDonald's Malaysia yang menyumbang juadah berbuka puasa untuk penghuni Perkim, selain mereka turut menerima sumbangan kuih dan duit raya.

Bagi Siti Nur Laila pula, dia tidak pernah menyangka akan 'kehilangan' ibunya dalam tempoh yang lama.

"Dahulu ibu memang kerap datang ke Perkim untuk berjumpa kami, tetapi sekarang saya tak tahu akan dapat beraya dengan ibu atau tidak.

"Saya rindu berada dalam dakapan ibu, setiap kali sebelum berbuka puasa, saya berdoa agar Allah temukan kami dengan ibu," katanya yang sudah lebih dua tahun tinggal di Perkim.

Sementara itu, tiga beradik penghuni rumah Perkim, Ku Irzawati Ku Ibrahim, 15, dan dua adiknya, Ku Irsa Zawani, 12, dan Ku Iman Zahara, 9, terpaksa menanggung pilu selepas kedua ibu bapa meninggal dunia pada September 2019.

Katanya, perasaan sedih dan sayu kehilangan ibu bapa tidak dapat digambarkan terutama apabila melihat orang lain mempunyai ibu bapa ketika menyambut Aidilfitri.

"Ibu saya meninggal dunia kerana penyakit berkaitan hati, selepas seminggu, bapa saya pula menyusul kerana masalah buah pinggang.

"Sebagai anak sulung saya perlu kuat demi adik, seorang lagi adik bongsu saya Ku Inas Zafirah, 4, dijaga nenek, Insya-Allah saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk tunaikan permintaan ibu yang mahu saya menjadi doktor," katanya.

Ku Irzawati bagaimanapun berkata, mereka bersyukur dapat tinggal di Perkim kerana dijaga elok oleh penjaga selain mempunyai ramai rakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ibu-aidilfitri-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049529 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list