CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 5

[Kedah] Harap teruskan kiriman kad raya

[Copy link]
Post time 18-4-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Jitra: Meskipun kiriman kad ucapan hari raya kini sudah semakin dilupakan namun Muhammad Azim Azizan, 24, masih mengekalkan tradisi itu sehingga hari ini setiap kali menjelang Aidilfitri.

Malah dia sanggup membelanjakan lebih RM300 setiap tahun setiap kali menjelangnya bulan puasa semata-mata untuk membeli kad Hari Raya beserta setem untuk dihantar kepada semua kenalannya.

Menurutnya, walaupun pada zaman sekarang terdapat platform seperti WhatsApp, Facebook (FB), Twitter dan sebagainya untuk menghantar ucapan hari raya, ia tidak sama apabila menerima ucapan menerusi kad dengan tulisan pengirim sendiri.

Katanya, ini kerana kad ucapan Hari Raya boleh disimpan sehingga ke akhir hayat tetapi ucapan melalui di media sosial pula tidak bertahan lama malah akan hilang jika terpadam atau telefon rosak dan sebagainya.

"Kini saya sudah mengumpul lebih 1,000 keping kad ucapan Hari Raya sejak mula menyimpannya pada 2017 ketika masih bersekolah dan kos yang saya keluarkan sepanjang enam tahun membeli kad raya ini mencecah hampir RM4,000.

"Minat saya ini tercetus sewaktu melihat ayah saya, Azizan Haroon, 58, sebelum ini menyimpan banyak koleksi kad raya ketika saya masih kecil.

"Saya juga pernah mengikut ayah ke pejabat pos untuk menghantar surat dan minat itu saya simpan sehinggalah saya bekerja dan mampu membeli kad Hari Raya menggunakan wang sendiri," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Naga, Kepala Batas, di sini hari ini.

Muhammad Azim berkata, dia menyertai kumpulan pengumpul kad Hari Raya di FB dan dari situ dia bertukar alamat dengan rakan di alam maya hanya sekadar untuk menghantar kad raya.

Katanya, hubungan akan lebih erat apabila menghantar kad raya kerana melalui tulisan tangan dan cop nama sendiri yang digunakan pada kad raya berkenaan memberi seribu satu sejarah yang tidak akan dilupakan.

"Saya menghantar sekurang-kurangnya 300 keping kad raya dalam sebulan di bulan Ramadan kepada rakan tak kira jauh atau dekat termasuk orang kenamaan, pejabat kementerian kerajaan dan paling jauh kepada Sultan Brunei.

"Saya tak pernah berkecil hati kerana ada yang tidak membalas kad raya berkenaan tetapi saya berpuas hati kerana tradisi ini masih saya kekalkan," katanya.

Muhammad Azim berkata, dia mengakui sukar untuk membeli kad hari Raya ketika ini kerana tak banyak kedai yang menjualnya malah corak dan hasil kreativiti kad raya sekarang tidak sama seperti dulu.

Katanya, dia membeli sekeping kad raya berharga antara RM2.20 hingga RM4.50 sekeping dan biasanya akan membeli dalam jumlah yang banyak.

"Nak beli sampul kad raya pun agak susah kerana kadang yang terjual pun ada yang tak ikut saiz dan hanya boleh dibeli di kedai buku serta alat tulis saja.

"Setiap hari saya akan tunggu posmen datang dan apabila dapat saja kad raya yang dihantar rakan-rakan, tak dapat gambarkan perasaan itu kerana sangat seronok," katanya.

Muhammad Azim berharap generasi hari ini tidak seharusnya melupakan tradisi menghantar kad ucapan hari raya kerana ia perlu dikekalkan sehingga ke generasi akan datang.

Sementara itu bapanya, Azizan berkata, dia memberi galakan sepenuhnya kepada anak ketiga daripada empat beradik itu kerana minat mereka sama iaitu menghantar dan menyimpan koleksi kad raya.

Katanya, dia mula menyimpan kad raya ketika zaman muda sekitar tahun 1970-an dan pada waktu itu tradisi menghantar dan membalas kad raya sangat meriah.

"Sekarang ni budaya menyimpan dan menghantar kad raya semakin pupus dan saya bimbang generasi akan datang tak dapat merasai pengalaman ini dan saya harap generasi sekarang dapat mengekalkan tradisi ini.

"Walaupun zaman teknologi canggih ketika ini antara penyebab kiriman kad raya semakin kurang namun sebenarnya ia boleh dipupuk semula supaya tidak hilang ditelan zaman," katanya.


MUHAMMAD Azim (kanan) bersama Azizan menunjukkan kad ucapan hari raya yang dihantar kenalan mereka. FOTO Zuliaty Zulkiffli

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-kad-raya-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 11:46 PM | Show all posts
kad raya pun dah tak nmpk dah org jual skrg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman remaja dulu kira berapa kad raya dapat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm best saja klu ada yg htr kad raya ni.. Dulu opis ada saja bg kad raya.. Skrg mcm x ada lak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 05:26 PM | Show all posts
Skang ni klo dapat 1 kad raya pun dah bersyukur...

Dulu2 sapa yg dapat kad raya paling banyak dah kira hot.. Pastu gantung kat dinding, pokok hiasan..



Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dapat kad raya ,simpan. Raya tahun depannya  balas atau hantar kad raya pada penghantar
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.226434 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list