CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 1

[Kedah] Warga emas tabah jaga anak OKU

[Copy link]
Post time 18-4-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani:"Saya bersyukur kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik. Semua ini anugerah tuhan untuk saya terus menguruskan anak perempuan yang tidak sempurna seperti insan lain sejak lebih 50 tahun lalu," kata Saripah Awang, 83.

Saripah dan anaknya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), Hatijah Wahab, 59, tinggal dalam rumah usang peninggalan arwah suaminya di Kampung Bakar Bata, Pinang Tunggal, di sini.

Hatijah, anak ketiga daripada empat beradik mengalami sawan sejak usianya menjangkau empat bulan dan keadaan fizikalnya mula berubah sejak itu.

"Demi anak, saya tidak kisah untuk menjaga dan mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadapnya walaupun dia tidak sempurna seperti insan lain namun ia adalah tanggungjawab dan amanah diberikan Allah SWT," katanya yang mempunyai dua anak lelaki dan dua perempuan.

Menurutnya, walaupun dihimpit kemiskinan namun dia sesekali tidak akan meminta dan bersyukur dibantu anak perempuan yang akan menghantar makanan kerana tinggal tidak jauh dari rumahnya.

"Semua tiga anak ada membantu meringankan beban namun saya tahu mereka juga mempunyai keluarga masing-masing dan hidup susah.

"Asalkan saya dan Hatijah tidak kelaparan itu sudah memadai bagi kami," katanya yang tidak pernah berfikir membeli kelengkapan atau pakaian baru setiap kali menjelang Aidilfitri.

Saripah ditemui ketika menerima sumbangan daripada Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah Mohamad Zaini dalam program Ziarah Kasih Ramadan (Zikir) anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, hari ini.

Sementara itu, Mohamad Zaini berkata, sumbangan yang dihulurkan kepada Saripah adalah sebahagian daripada program insentif kerajaan Persekutuan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri bagi menyantuni rakyat kurang berkemampuan serta berdaftar dalam pengkalan data eKasih.

"Sempena Ramadan kita memang mempunyai program spesifik iaitu Zikir yang menyediakan sumbangan berbentuk hamper, makanan asas dan wang tunai kepada penerima.

"Untuk hari ini sahaja, kita memberi sumbangan kepada 13 keluarga yang tergolong dalam miskin tegar di daerah Kuala Muda," katanya.


SARIPAH (kanan) bersama Hatijah. FOTO Izad Thaqif Hassan

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ga-anak-oku-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 11:13 PM | Show all posts
kesian. semoga dipermudahkan urusan dan dipanjangkan umur makcik utk terus menjaga anaknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.075984 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list