CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 17/04/2022

[Copy link]
Post time 17-4-2022 11:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-4-2022 11:54 PM



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri SabahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 69 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 369,912 kes. Tiada kes kematian dilaporkan hari ini.

[color=var(--primary-text)]Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 578 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 357,638 orang. Manakala 208 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 208 orang di hospital. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 16 di ICU/repurposed kritikal care (HDW/kubikel akut) manakala lapan (lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a Jumlah kes baharu hari ini tidak banyak berubah dengan catatan semalam, iaitu 69 kes berbanding 63 sebelumnya.

b Secara keseluruhan keadaan adalah stabil. Kecuali Kota Kinabalu yang mencatat 20 kes (+8), 18 daerah lain di Sabah merekodkan kes baharu satu (1) angka, di mana 12 daripada daerah-daerah tersebut mencatatkan satu (1) atau dua (2) kes baharu sahaja. Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di lapan (daerah.

c Jumlah jangkitan baharu dijangka kekal stabil dalam masa terdekat dengan pergerakan turun naik angka harian dalam lingkungan antara 60 hingga 150 kes. Risiko jangkitan sporadik masih tinggi. Hari ini hampir 58% semua kes baharu adalah melalui jangkitan sporadik.

d Penyambungan semula operasi penerbangan antarabangsa ke Kota Kinabalu juga membawa risiko jangkitan daripada luar negeri. Tetapi adalah diharapkan protokol kesihatan bagi semua penumpang antarabangsa serta SOP yang berkuatkuasa akan dapat mengawal risiko jangkitan tersebut.

e Seramai 65 orang daripada 69 pesakit baharu adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 5 dan dua (2) orang dalam Kategori 4

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050481 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list