CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Kedah] Perlukan RM700,000 untuk siapkan masjid

[Copy link]
Post time 17-4-2022 03:21 PM | Show all posts |Read mode

Masjid Ghairu Jamel Al Ariffin yang dalam proses akhir pembinaan. FOTO ihsan pembaca.

Alor Setar: Dana sebanyak RM700,000 diperlukan bagi menyiapkan Masjid Ghairu Jamel Al Ariffin yang dibina di Jalan Dato Kumbar, di sini.

Masjid yang dibina sepenuhnya hasil dana dan sumbangan awam itu mampu memuatkan seramai 2,300 jemaah apabila siap kelak.

Pengerusi Masjid, Ku Sulaiman Ku Hashim berkata, pihaknya merayu sumbangan dana daripada seluruh rakyat Malaysia bagi menyiapkan masjid berkenaan yang dianggarkan menelan kos keseluruhan sebanyak RM4.5 juta.

"Kita perlukan kira-kira RM700,000 lagi untuk siapkan masjid ini. Pembinaan masjid yang dijalankan sejak tahun 2019 mempunyai keluasan 22,000 kaki persegi dan mampu memuatkan seramai 2,300 jemaah pada satu masa.

"Kita berada pada peringkat akhir pembinaan namun menghadapi masalah kewangan dan memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk menyumbang dan menyiapkan masjid ini.

"Antara komponen wakaf yang diperlukan untuk menyiapkan masjid ini ialah lampu, kipas, paip, aircond (pendingin hawa), mimbar, rak al-Quran, pintu dan kubah," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.



Masjid Ghairu Jamel Al Ariffin yang dalam proses akhir pembinaan. FOTO ihsan pembaca.

Mengulas lanjut, Ku Sulaiman berkata, komponen utama binaan masjid berkenaan adalah ruang solat, seminar, bilik penginapan tetamu dan bilik mesyuarat.

Katanya, apabila siap kelak selain untuk kegunaan solat bagi penduduk setempat masjid berkenaan juga akan digunakan 1,126 murid dan pelajar tahfiz dari Sekolah Rendah Islam Alor Setar dan Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar.

"Malah, masjid ini juga dibina dalam kawasan Kompleks Pendidikan Al Hikmah yang menempatkan kedua-dua sekolah tahfiz berkenaan," katanya.

Katanya, pada bulan mulia ini, pihaknya sekali lagi merayu sumbangan ramai demi menyiapkan masjid berkenaan.

"Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akuan bank 02011010056943 (Bank Islam Malaysia Berhad) atas nama Masjid Ghairu Jamek Al Ariffin.

"Moga sumbangan wang ringgit dan doa seluruh rakyat Malaysia mendapat keredaan daripada Allah SWT," katanya.

Tambahnya, sebarang maklumat lanjut berkaitan projek pembangunan masjid itu orang ramai boleh menghubungi wakil perhubungan masjid Encik Mohd Fuad Helmi Md Rodzi di talian 017-4063414.



Masjid Ghairu Jamel Al Ariffin yang dalam proses akhir pembinaan. FOTO ihsan pembaca.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.064374 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list