CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 16/04/2022

[Copy link]
Post time 16-4-2022 07:38 PM | Show all posts |Read mode


COVID-19 : Kes jangkitan kembali dua angka
KOTA KINABALU :  Sabah kembali mencatatkan kes jangkitan COVID-19 yang baharu di bawah paras angka 100 dengan 63 kes dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia merupakan penurunan sebanyak 38 kes berbanding jumlah semalam selain merupakan jumlah terendah sejak 17 Mei 2021.

“Mengambilkira kadar dan jumlah perubahan angka  jangkitan harian di semua daerah di Sabah, keadaan secara keseluruhan adalah stabil dan terkawal.

“Pada hari ini sebanyak 12 daerah mencatatkan penurunan kes jangkitan baharu, sembilan daerah mencatatkan peningkatan kes dan enam  daerah kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Kota Kinabalu merupakan satu-satunya daerah di Sabah yang mencatat jangkitan baharu dua angka dengan 12 kes tetapi menurun 21 kes berbanding jumlah sebelumnya.

Katanya, sebanyak 14 daerah mencatatkan kes satu angka dengan 11 daripada daerah-daerah tersebut mencatatkan jangkitan baharu antara satu hingga lima kes sahaja.

“Tidak ada kes jangkitan baharu di 12 daerah lain iaitu Tambunan, Beluran, Telupid, Ranau, Kinabatangan, Kunak, Nabawan, Sipitang, Pitas, Tenom, Tongod dan Kalabakan.

“Seramai 57 orang daripada 63 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua orang dalam Kategori 4 dan empat orang dalam Kategori 5. Tidak ada pesakit  direkodkan dalam Kategori 3,” katanya.


sabahmedia.com/2022/04/16

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.063687 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list