CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 27408|Reply: 525

[Jenayah] Siti Bainun melayan penghuni rumah kebajikan seperti 'hamba abdi'

  [Copy link]
Post time 16-4-2022 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 17-4-2022 01:50 PM

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat ditunjukkan 10 rakaman video yang mendakwa pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali melayan penghuni rumah kebajikan itu seperti ‘hamba abdi’.

Antara rakaman berkenaan ialah ketika sambutan hari lahir saksi kelima pendakwaan, Yasmin Nahar Mahmood,19, pada 23 Februari 2021, Majlis Aidilfitri (Mei 2021) dan percutian di sebuah hotel di Ampang.

Ketika prosiding kes menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, saksi itu mengulangi jawapan bahawa dia tidak dilayan dengan baik oleh Siti Bainun.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan peguam, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun, remaja itu berkata, dia kelihatan ceria dalam rakaman video berkenaan.

Nur A'minahtul Mardiah: Rujuk video ini, ketika sambutan hari lahir awak, suara siapa yang suruh awak tiup lilin di kek?
Yasmin: Siti Bainun.

Nur A'minahtul Mardiah: Ketika Aidilfitri, ia diraikan bersama satu keluarga termasuk mengambil gambar semua penghuni di satu studio, jadi inilah layanan hamba abdi Siti Bainun pada awak.
Yasmin: Ya.

Nur A'minahtul Mardiah: Rujuk satu lagi video, memaparkan Bella memeluk seseorang. Soalan saya, siapa yang Bella peluk paling lama?
Yasmin: Siti Bainun.

Nur A'minahtul Mardiah: Setuju dengan cadangan saya, Bella tak takut dengan pendera dia sendiri?
Yasmin: Setuju.

Nur A'minahtul Mardiah: Rujuk pula video percutian kamu dan adik-adik lain di sebuah hotel di Ampang. Mandi di kolam hotel bersama-sama, saya cadangkan ini juga bentuk layanan seperti hamba abdi Siti Bainun pada awak.
Yasmin: Ya.

Selain itu peguam itu turut mencadangkan bahawa Yasmin memberi 10 keterangan palsu di mahkamah, namun ia dinafikan oleh saksi berkenaan.

Antara yang dicadangkan ialah Yasmin berbohong menjaga enam penghuni Rumah Bonda termasuk tiga kanak-kanak Sindrom Down, sedangkan Siti Bainun mempunyai pembantu rumah (bibik).

Remaja itu turut berkata, betul ketika dicadangkan bahawa Bella berada dalam keadaan lemah ketika berjalan kemudian terjatuh kerana sering berdiri dalam tempoh yang terlalu lama.

Prosiding bersambung Rabu ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/198167/BERITA/Semasa/Rakaman-layanan-hamba-abdi-Siti-Bainun-ditayang-di-mahkamah




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 08:56 PM | Show all posts
Edited by Orenn1 at 28-4-2022 08:57 PM

Akak joyahhh @JoyahMengayah , jgn lupa update yach thread ni, ramai yg folo ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Berdasarkan skrip perbicaraan di atas, akak dah boleh bau2 kemenangan berpihak pada iblis obesiti.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi mudah2an akak salah.

#justiceforBella
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
That bitch mcm boleh lepas, settle outside court or denda i dunno rm10..
At this rate, kne tunggu neraka je la utk pembalasan.. harap masuk neraka level paling bawah sama dgn khalid redza tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-4-2022 11:18 AM
Berdasarkan skrip perbicaraan di atas, akak dah boleh bau2 kemenangan berpihak pada iblis obesiti.

I pun jangka kes ni bpihak pd SB
Kalah dr segi teknikal
Sbb keterangan saksi byk yg kata disuruh SB buat itu ini....
Nampak saksi pun subahat sama....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga bainun gemok ni ada penyakit jantung,  kencing manis, darah tinggi yg kemudian cepat mati...ko hidup lama pun x elok sb lagi lama hidup lagi bnyk ko buat jahat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 11:44 AM | Show all posts
Sapelah parent ni....tinggalkan anak gitu je.
Seksanya hidup bella
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa syed azmi ni? Hbt sgt ke orgnya?

Ada ilmu kebal ker?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 12:18 PM | Show all posts
otai_g replied at 16-4-2022 11:47 AM
Siapa syed azmi ni? Hbt sgt ke orgnya?

Ada ilmu kebal ker?

Aktivist org kuat dibelakang kempen pegang anjing kt dataran dedulu ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
masa korang tengah hangat bincangkan isu ni, aku ada nak ingatkan korang...

pendakwaan terhadap siti bainun ni merupakan salah satu dari usaha2 yg boleh dibuat bagi mendapatkan keadilan untuk bella.. so sekarang ni kita harap keadilan untuk bella dapat dicapai setelah habis segala proses di mahkamah

kalau la keadilan untuk adik bella tak dapat dicapai setelah habis segala proses di mahkamah nanti, jgn pula korang berhabis tenaga dan masa pi hentam peguam2 dan hakim yg terlibat (walaupun peguam2 tu mmg patut dihentam kalau bergambar dgn gaya2 gembira seperti yg dlm gambar hari tu), sebaliknya korang patut habiskan tenaga dan masa untuk desak wakil2 rakyat negara malaysia ni jalankan tugas hakiki diorg bagi mendapatkan keadilan untuk adik bella

desak wakil rakyat merupakan usaha yg utama bagi mendapatkan keadilan utk bella... antara tugas2 wakil rakyat adalah menjadi mekanisme penyampai pendapat dan kehendak rakyat dan juga mekanisme semak dan imbang ke atas kuasa-kuasa eksekutif... tugas wakil rakyat bukannya sibuk buat percaturan demi percaturan bagi merebut kerusi di parlimen dan jawatan mentadbir negara... tugas wakil rakyat, tu haaaa yg dah tulih kat ataih tu, sampaikan pendapat dan kehendak rakyat dan semak dan imbang ke atas kuasa-kuasa eksekutif

so kalau la nanti, pihak pendakwaan gagal dalam kes dua pertuduhan ni (abaikan dan aniaya adik bella) ke atas siti bainun, rakyat malaysia ramai2 patut desak sungguh2 wakil2 rakyat termasuk la si anwar, najib, mahathir, guan eng, hadi, dan lain2 tu semua utk dapatkan keadilan untuk adik bella, sebab dah memang tugas diorg sebagai wakil rakyat

sekali lagi diingatkan, tugas wakil rakyat bukannya sibuk buat percaturan demi percaturan bagi merebut kerusi di parlimen dan jawatan mentadbir negara... tugas wakil rakyat adalah menjadi mekanisme penyampai pendapat dan kehendak rakyat dan juga mekanisme semak dan imbang ke atas kuasa-kuasa eksekutif

diorg wakil2 rakyat ni mewakili kita semua bagi mendapatkan keadilan utk bella... kita desak habis2an sehinggalah dapat kita capai keadilan untuk adik bella
#justiceforbella

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Astghafirullah.......speechless aku. Mmg hati setanlah yg buat ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nangis alu tgk video ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
baru terbaca berita di mstar.. ulasan pasal bergambar dgn siti bainun

si peguam hafidzah hassan tu gagal melihat isu sebenar pasal gambar tu..

bergambar dgn okt tu mmg ok je, takde masalah

tapi kalau dah bergambar dgn okt sambil buat pose mini love bagai, nmpk sangat tak sensitif dgn isu utama iaitu sakit dan derita yg dialami adik bella
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
moga pembalasan kpd semua yg terlibat, Allah tunjukkan di dunia lagi, walau terlepas di mahkamah, sama macam yg bunoh arwah upmn tu.. moga korang menderita di dunia lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong tag si ustaz/ustazah Bieber sedih sayu pilu bagai tu. Isu ni tak nak komen ke ..org2 yg konon warak, alim, pejuang agama sume pegi mana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 02:17 PM | Show all posts
lattehazelnut replied at 16-4-2022 12:44 PM
Xde yg buat kempen fund utk carik lawyer ok sikit utk bella?

dalam kes criminal, yang membela mangsa adalah public prosecuter a.k.a pendakwa raya.

dalam kes bella ni, team pendakwa raya kena berikan yang terbaik la utk bela Bella..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler ler pendera setan betol
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 03:20 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 16-4-2022 12:48 PM
Berdasarkan skrip perbicaraan di atas, akak dah boleh bau2 kemenangan berpihak pada iblis obesiti.

santaukan dia jom sis. kita tong tong duit bayar mak esah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 03:37 PM | Show all posts
sedihnya tgk adik bella menangiss aku tgk, kesian tgk muka dia mesti dia hidop dlm trauma kat rmh tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 03:39 PM | Show all posts
Harapnya kjaan bagilah option pd salah sorg parents yg ada anak2 istimewa ni duduk rumah jaga anak dorg sendiri n dorg di bayar gaji/elaun. Sedih sgt tgk adik bella.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-5-2022 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.102287 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list