CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Perlis] Kedai emas Hajjah Halijah kongsi rezeki

[Copy link]
Post time 16-4-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode

MOHD. Shaiful Hasri Shukri (kiri) bersama kakitangannya mengagihkan bubur lambuk percuma di hadapan kedai emas Hajjah Halijah di Kangar, Perlis semalam. – UTUSAN/NAZLINA NADZARI

  
KANGAR: : Menjadi kelaziman setiap kali Ramadan, kedai emas Hajjah Halijah tidak pernah ketinggalan berkongsi rezeki dengan orang ramai melalui agihan bubur lambuk secara percuma di hadapan premisnya di Jalan Medan di sini.

Selain di Kangar, kedai emas tersebut turut mengedarkan bubur lambuk istimewa ‘Tok Jah’itu di cawangannya di Alor Setar, dan Sungai Petani, Kedah.

Setiap hari, sepanjang bulan Ramadan penuh keberkatan itu, sebanyak 500 pek bubur lambuk diagihkan bermula pukul 5 petang oleh kakitangan kedai emas berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Shaiful Hasri Shukri berkata, pengedaran bubur lambuk tersebut adalah bagi meneruskan amalan dan tradisi oleh ibunya, Halijah Saad, 69, yang sejak sekian lama tidak pernah ketinggalan memasak sendiri serta mengagihkan bubur tersebut setiap kali bulan Ramadan.

Katanya, bubur lambuk ‘Tok Jah’ cukup istimewa dan merupakan resipi turun temurun daripada keluarganya dan dia meneruskan tradisi tersebut.

“Objektif kami adalah untuk mengembalikan suasana seperti kita berpuasa dahulu. Rezeki yang kita ada dikongsikan bersama dengan orang ramai melalui agihan bubur ini.

“Sebab itulah, saya meneruskan legasi ibu saya ini (pengasas kedai emas Hajjah Halijah). Semoga pada bulan Ramadan ini, kita semua terus mendapat keberkatan dengan sama-sama berkongsi rezeki dan bersedekah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tambah Mohd. Shaiful, sambutan orang ramai sangat mengalakkan apabila tidak sampai sejam bubur berkenaan selesai diagihkan.

“Apabila mereka rasa bubur lambuk ini, respon yang diterima adalah bubur ini sedap dan ada yang datang lagi pada hari berikutnya untuk menikmati bubur yang sama,” katanya.

Sementara itu, katanya, bagi mengalakkan lagi orang ramai beramal dan bersedekah di bulan Ramadan ini, pihaknya juga mengadakan Infaq Ramadan bersama kedai emas Hajjah Halijah yang bermula daripada RM10.

“Infaq Ramadan ini juga kami adakan setiap tahun supaya orang ramai boleh sama-sama beramal dan bersedekah di bulan yang mulia ini.

“Hasil daripada kutipan tersebut kami akan sedekahkan kepada pusat tahfiz yang terpilih. Alhamdulillah, sambutan daripada orang ramai juga amat memberangsangkan,” ujarnya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ijah-kongsi-rezeki/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.070050 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list