CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Perlis] Pembayaran tanpa tunai di sekolah di Perlis, akhir tahun Ini

[Copy link]
Post time 16-4-2022 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Perlis: Jabatan Pendidikan Negeri Perlis akan memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai di sekolah bermula akhir tahun ini.

Pengarahnya, Naharudeen Othman berkata, pembayaran tanpa tunai itu dapat digunakan pelajar dalam pelbagai urusan termasuk di kantin, koperasi, pejabat dan pinjaman buku.

"Kita sasar separuh sekolah di Perlis akan laksana pembayaran tanpa tunai menggunakan kad khas pada hujung tahun ini bagi memudahkan semua urusan pembayaran," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Beliau berkata, pelajar dari keluarga B40 juga dapat menggunakan kad itu dengan bantuan yang diterima dikreditkan terus ke dalam kad berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor berkata, sistem berkenaan adalah satu pendekatan amat baik sekali gus mencapai tujuan sumbangan khususnya kepada pelajar golongan B40.

"Sistem ini juga boleh mendidik pelajar supaya memahami pengurusan kewangan dan galakkan ini akhirnya memberi kesan mendalam kepada pelajar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lis-akhir-tahun-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.072048 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list