CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Sabah] Harga tiket melambung 500 peratus tidak masuk akal: Jafry

[Copy link]
Post time 15-4-2022 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-4-2022 03:54 PM



SIDANG MEDIA: Jafry (tengah) mengulas isu kenaikan harga tiket penerbangan pada sidang media itu.

KOTA KINABALU: Tindakan beberapa syarikat penerbangan menaikkan harga tiket secara drastik sehingga 500 peratus dianggap sebagai tidak masuk akal.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata, harga tiket penerbangan yang melambung tinggi mengakibatkan ramai pelancong dan juga rakyat Sabah tergendala untuk datang ke negeri ini dan balik bercuti terutama pada musim Hari Raya.

Katanya, kenaikan harga tiket penerbangan turut menjejaskan kehadiran pelancong memandangkan Sabah hanya boleh diakses melalui penerbangan.

Menurutnya, jika akses berkenaan gagal dimanfaatkan, sudah tentu ia akan menjejaskan industri pelancongan negeri dari segi kehadiran pelancong.

"Walaupun ini strategi perniagaan, tetapi seperti yang diputuskan oleh jemaah menteri, kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan meminta Kementerian Pengangkutan berbincang dengan operator penerbangan supaya tidak menaikkan harga tiket.

"Saya yakin kerajaan mementingkan keutamaan yang disuarakan oleh rakyat," katanya pada sidang media mengenai isu kenaikan harga tiket penerbangan domestik di sini hari ini.

Beliau berkata, berikutan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lepas, Sabah menjangkakan menerima kehadiran pelancong sekitar 1.3 juta orang.

Sehubungan itu jelasnya, kerajaan negeri memberikan kerjasama baik dengan mana-mana syarikat penerbangan. Namun, kebelakangan ini banyak rungutan diterima berkaitan kenaikan harga tiket yang drastik melambung hingga 500 peratus.

"Saya mengambil contoh penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau hari ini mencecah harga RM1,300. Ini tidak masuk akal dan amat keterlaluan kerana terlampau tinggi sedangkan biasanya harga tiket laluan berkenaan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja," tegasnya.

Dalam pada itu, beliu turut berharap ada langkah positif yang diambil hasil pertemuan yang dibuat di antara pihak Kementerian Pengangkutan dengan wakil syarikat-syarikat penerbangan.

Katanya, walaupun harga tiket tidak turun secara drastik, tetapi ada langkah diambil untuk beri pilihan kepada penumpang seperti penerbangan tambahan dengan harga lebih murah yang dianggap sudah cukup memadai.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menggesa kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan untuk meneliti pengurangan harga tiket bagi penerbangan domestik.

Beliau dipetik berkata, harga tiket penerbangan yang tinggi meningkat dengan ketara sehingga membebankan orang ramai yang terpaksa terbang ke Kuala Lumpur dari Sabah atau sebaliknya.


utusanborneo.com.my/2022/04/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.387544 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list