CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 0

[Sabah] 33 individu langgar SOP di pusat hiburan dikompaun

[Copy link]
Post time 15-4-2022 11:42 PM | Show all posts |Read mode


KOMPAUN: 33 pengunjung termasuk 10 wanita yang leka berhibur di pusat hiburan walaupun sudah mencecah jam 1.35 pagi.

KENINGAU: Tindakan 33 individu yang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di sini membawa padah selepas dikompaun dalam operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Peralihan Endemik dan Op Hiburan di Pekan Keningau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata operasi kira-kira jam 1.35 pagi itu dijalankan sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Keningau.

“Semasa serbuan dijalankan, kita dapati pusat hiburan masih beroperasi dengan keadaan muzik masih dimainkan dengan kuat.

“Pengunjung juga masih leka berhibur sambil menikmati minuman keras di dalam premis terbabit,” katanya.

Menurutnya kesemua 33 individu yang terdiri daripada 23 lelaki dan 10 wanita berumur diantara 20 sehingga 50-an diperiksa dan diberikan kompaun kerana tidak mengikuti SOP yang ditetapkan di peralihan endemik yang mana aktiviti pusat hiburan adalah tidak dibenarkan.

“Polis juga menahan seorang lelaki yang mengaku sebagai pemilik premis kerana menjalankan operasi tanpa lesen yang sah yang mengikut Ordinan Hiburan Awam.

“Beberapa peralatan muzik turut dirampas dan kesemua tangkapan serta rampasan dibawa ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai serta premis agar mematuhi SOP yang ditetapkan di dalam Peralihan Endamik bagi memastikan diri, keluarga dan masyarakat kekal selamat.


utusanborneo.com.my/2022/04/15

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.077714 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list