CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 15/04/2022

[Copy link]
Post time 15-4-2022 11:38 PM | Show all posts |Read mode
Kluster Jalan Tambalang tamat, tiada lagi kluster aktif di Sabah

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menamatkan Kluster Jalan Tambalang Tuaran seterusnya menunjukkan tiada lagi kluster yang aktif di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata Sabah juga terus merekodkan pengurangan jangkitan baharu sebanyak 21 kes menjadikan hanya 101 kes baharu semalam.

“Sebanyak 13 daerah mencatatkan penurunan jumlah jangkitan berbanding tujuh daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu.

“Tiada jangkitan baharu di lima daerah, iaitu Kinabatangan , Sipitang, Pitas, Kalabakan dan Kudat manakala tujuh lagi daerah kekal seperti keadaan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata tiga daerah mencatatkan kes dua angka hari ini iaitu Kota Kinabalu 33, Penampang 14 dan Sandakan.

“19 daerah mencatatkan kes harian satu angka dimana lapan daripada daerah tersebut hanya merekodkan satu kes baharu,” katanya sambil menambah risiko jangkitan kekal tinggi dengan peratusan jangkitan sporadik pada 58.4 peratus.

Tambahnya 95 daripada 101 kes yang dicatatkan ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 manakala dua kes masing-masing dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5.


utusanborneo.com.my/2022/04/15

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.077282 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list