CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 13/04/2022

[Copy link]
Post time 15-4-2022 12:18 AM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 158 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 369,557 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan hari ini iaitu di daerah Sipitang. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 589 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 355,423 orang. Manakala 259 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 250 orang di hospital, sembilan (9) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 20 orang merangkumi 19 di ICU/repurposed kritikal care serta satu (1) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 11 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a Jumlah jangkitan baharu tidak banyak berubah dengan angka catatan semalam. Jumlah kes baharu hari ini ialah 158 kes, lapan ( kes lebih tinggi daripada daripada sebelumnya.

b Jumlah daerah yang mencatakan kes dua (2) angka kekal empat (4) daerah. Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 42 kes (+14), Sandakan 24 kes (+6), Papar 15 (+8) dan Penampang 13 (-2). Sebanyak 18 daerah mencatat kes satu angka dimana 14 daripada daerah-daerah tersebut merekodkan kes baharu kurang daripada lima (5) kes. Tidak ada kes baharu di lima (5) daerah.

c Satu (1) lagi kluster ditamatkan oleh pihak JKNS hari ini iaitu Kluster Tolokoson Kem 2 di Tenom. Ini bermakna hanya tinggal satu (1) sahaja lagi kluster yang masih aktif di Sabah.

d Peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi, hampir 65% hari ini. Ini bermakna di beberapa daerah, risiko jangkitan masih tinggi khususnya di tempat-tempat awam yang sesak dengan orang ramai. Masyarakat adalah diminta agar sentiasa mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa khususnya semasa mengunjungi gerai-gerai Ramadan yang penuh sesak.

e Seramai 149 orang daripada 158 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, lima (5) orang dalam Kategori 3, tiga (3) orang dalam Kategori 4 dan seorang (1) pesakit dalam Kategori 5

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. 7 Jumlah kapasiti katil 2,488 unit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.047268 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list