CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1756|Reply: 21

[Politik] Izzah : PH bakalan kalah at least 2 PRU lagi sblom mampu bangkit

[Copy link]
Post time 14-4-2022 10:26 PM | Show all posts |Read mode
Nurul Izzah: PH kena bersedia untuk kalah dua pusingan PRU lagi

[Diterbitkan:  Apr 14, 2022 11:44 AM

Dikemaskini: 12:48 PM






Nurul Izzah Anwar berkata Pakatan Harapan (PH) diramalkan tewas pada dua lagi pusingan pilihan raya umum sebelum menguasai Putrajaya.
Dalam temu bual bersama Sinar Harian, Nurul Izzah berkata ia mengambil masa untuk melakukan dengan jayanya perbezaan produk kerana rakyat, masih trauma dengan apa yang berlaku semasa PH menjadi kerajaan selama 22 bulan.
“Saya rasa tidak mudah untuk PH menang dalam PRU akan datang dan kita kena bersedia untuk kalah dua pusingan untuk impak lebih positif serta kembali diterima oleh rakyat.
“Kenapa saya mempunyai pandangan negatif mengenai keputusan PRU15?








“Saya amat realistik kerana pada saya kita akan mengambil masa untuk melakukan dengan jayanya perbezaan produk kerana rakyat dan saya sendiri masih trauma dengan apa yang berlaku semasa PH menjadi kerajaan selama 22 bulan, sebelum ini,” katanya.

Menurut Nurul Izzah, punca dirinya tidak yakin PH akan kembali berkuasa selepas PRU15 akan datang adalah kerana dasar dan kegagalan mereka menunaikan manifesto PRU14 selepas menjadi kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, tempoh 22 bulan PH menjadi kerajaan adalah terlalu singkat untuk dinilai berbanding BN yang berkuasa selama lebih enam dekad.
“PH banyak belajar dan maklum balas rakyat daripada pengamalan itu. Jika mahu dibandingkan antara kegagalan PH menunaikan manifesto semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan dengan BN selama lebih enam dekad memang jauh.
“Kalau dinilai jumlah manifesto berjaya dilaksanakan BN mungkin dapat markah F (gagal),” katanya.
Nurul Izzah, yang aktif berpolitik sejak remaja, berkata dia meramalkan selain PH, parti lain khususnya Umno turut berdepan kehilangan banyak kerusi pada PRU15.
Ini kerana, katanya adalah kerana pengundi atas pagar belum lagi “mengaum sekuat mungkin” seperti yang berlaku semasa pilihan raya negeri Melaka dan Johor baru-baru ini.

Umno dan sekutunya dalam BN memenangi kedua-dua pilihan raya itu dengan cemerlang, walaupun mendapat kurang daripada 50 peratus undi.
“Mungkin Umno dan BN berasa yakin boleh menang tetapi mereka kena ingat perkara itu belum pasti kerana pengundi atas pagar belum lagi mengaum sekuat mungkin.
“Ini kerana pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor berlangsung kita belum memasuki fasa peralihan endemik lagi seperti sekarang,” katanya.
“Apabila semua sektor ekonomi sudah dibuka sepenuhnya sudah pasti pengundi akan keluar beramai-ramai, saya rasa semua Ahli Parlimen patut berasa takut,” katanya.
Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan dirinya tidak bertanding merebut enam jawatan tertinggi parti dalam pemilihan PKR akan datang.

Sebaliknya, dia berkata akan menumpukan usaha menarik pengundi atas pagar menjelang PRU15.
Dalam pada itu, Nurul Izzah juga berharap dirinya diberi peluang sekali lagi oleh pucuk pimpinan parti untuk mempertahankan kerusi pParlimen Permatang Pauh.
“Bagaimanapun, saya menghormati apa jua keputusan akhir dibuat oleh pimpinan tertinggi PKR,” katanya.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 10:55 PM | Show all posts
yela

ambik masa untuk tanam kebencian terhadap pak mael
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 11:16 PM | Show all posts
selagi dok recycle pemimpin yang dah expired dan membela katak katak..selagi tu lah tak kemana
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa tu ayah dia ada lagi ke dakk?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 14-4-2022 11:18 PM
Masa tu ayah dia ada lagi ke dakk?

PM tepi selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 11:46 PM | Show all posts
ingatkan lagi lama nak bangkit
elok la jadi pembangkang
aktif sikit membangkang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yo lah tu. Tak pernah bumi Melayu ni ada kecelakaan alam, senjak kaum lgbt PH kemain nak mengubah fitrah, macam2 dah jadi. Beruk Jawa & Jibby pun sama gak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 11:52 PM | Show all posts
itu PH nyer issueslah so...cant say much.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Rimas la tgj si izzah ni pakai tudung, tak presentable la, kemaskan lah sikit tudung tu, ni kadang nampak rambut, macam nak tak nak je pakai... Selekeh
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
lain kali jangan janji bulan bintang lagi. rakyat masih terasa basah kuyup kepala. mansuh tol abah dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
PH kalau nak menang mudah saje.. Perlu lebih membela malay n muslim dalam kempen mereka.. Sbb itu yg dilalkukan oleh umno.. Orang kata kalau mahu berjaya kena tiru cara orang yg berjaya.. Lagipun better u focus to majoriti +-70% voter daripada u all focus to +-10 or 20% voter... Itu saya fikir maybe asas kempen umno kat johor n malacca.. Sbb tu 2/3 depa dapat.. Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Selagi harga minyak x turun.. PTPN x hapus janji2 lain yg x tertunai, manifesto ke laut dalam…bukan kitab suci…jgn harap le org akan lupa akan pengkhianatan korang pd pengundi2 sebelum PRU 14!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang payah sebab dah tak ada modal 1mdb.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
PH kalah esok luse dan selamanya!!

DAP reigns Penang selamanya ..pkr jaga Selangor till Anwar matiii

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Tipu manifesto lagi. Lepas tu bila dah menang, menyorok. Mendapat la
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 07:42 AM | Show all posts
apa yang trauma? apasal hidup aku macam biasa ja

undi kerana tunaikan tanggungjawab plus to have a bit of fun. Tak harap apa2 pun sebab tau memang tak boleh diharap





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2022 08:30 AM | Show all posts
relaxjek replied at 15-4-2022 12:39 AM
PH kalau nak menang mudah saje.. Perlu lebih membela malay n muslim dalam kempen mereka.. Sbb itu yg ...

Then xde beza macam Bersatu, Pejuang etc - another jelmaan UMNO. Baik jadi UMNO je lah

PKR kena stay true to its own brand tu pasal Nurul Izzah kata kena tunggu lagi 2 kali PRU sebab dia mungkin nampak budak2 yang sekarang umur 10 tahun by then dah boleh mengundi dan akan lebih boleh menerima politik cara PKR.

Kena belajar dari DAP lah. If there is an award for consistency there should be no arguments who is the winner.


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 11:43 AM | Show all posts
Pandai pun si Izzah ni... patot didik geng2 Pakatan Hancing sekali... nak menang, guna taktik cerdik & pintar... bukan p janji bulan bintang kaa guna taktik kotoq kaa... patot tunjuk kenapa partai tu LEBIH BAIK daripada pihak lawan..

In fact.. politaik tanpa mengira partai adalah sama jaa konsepnya.. tapi masih ada macai2 percaya bahwa partai pojaan depa bagus dari pihak lain...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 01:34 PM | Show all posts
.
Zahid Komedi tersenyum sinis.
.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 01:45 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-4-2022 08:30 AM
Then xde beza macam Bersatu, Pejuang etc - another jelmaan UMNO. Baik jadi UMNO je lah

PKR k ...
... Kena belajar dari DAP lah. If there is an award for consistency there should be no arguments who is the winner.

.
PKR kena belajar dari DAP macam-mana nak menghapuskan Artikel 153/Hak Istimewa Melayu/bumiputera secara tidak langsung dengan Agenda Ratifikasi ICERD (memperalatkan kuasa PBB) dan dengan senyap2 menyokong CCP Cina untuk menawan Malaysia kerana isu kedaulatan Laut Cina Selatan; ... menyokong pengganas2 LTTE/Tamil Tigers; ... memiskinkan usahawan2 Melayu, spt dengan isu kontrak MRT2; ... dll.

Selagi PKR berkomplot dengan puak DAP dalam kegilaan kuasa Anwar Ibrahim untuk jadi PM (= PM Tepi aka Nomborman), tiada harapan untuk Pakatan Harapan dari kaum Melayu/bumi di PRU.

.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.058449 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list