CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 1

[Kedah] Kedai buah-buahan hangus terbakar, kerugian RM1 juta

[Copy link]
Post time 14-4-2022 03:45 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. Latif Osman menunjukkan pelbagai jenis buah-buahan yang rosak dan musnah selepas kedai miliknya di Jalan Teluk Wang, Sungai Pasir, Sungai Petani terbakar malam aemalam. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA


SUNGAI PETANI: Seorang pekerja di sebuah kedai buah-buahan di Jalan Teluk Wang Besar, Sungai Pasir di sini berdepan detik cemas selepas hampir terperangkap selepas kedai tersebut terlibat dalam kebakaran malam semalam.

Dalam kejadian pukul 12.04 tengah malam itu, Mohd. Zaini Othman, 45, sempat berlari keluar menyelamatkan diri selepas mendapati api marak di bumbung biliknya di premis tersebut.

Menurutnya, ketika kejadian premis terbabit menempatkan pelbagai jenis buah-buahan untuk dijual.

“Pada waktu itu saya baru hendak tidur di dalam bilik yang dijadikan tempat tinggal sejak bekerja di sini kira-kira 15 tahun lalu, sebelum terdengar beberapa letupan kecil dan bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Dalam kejadian itu, saya tidak sempat menyelamatkan barangan yang terdapat di  premis tersebut termasuk tiga buah motosikal milik rakan sekerja,” katanya semasa ditemui di sini.

Mohd. Zaini yang berasal dariJeniang dekat sini berkata, dia bersyukur kerana sebaik berjaya keluar didapati bumbung biliknya runtuh dan api mula menyambar keseluruhan bangunan dengan pantas.

Tambahnya, dia selepas itu menghubungi pemilik kedai buah-buahan itu, Mohd. Latif Osman, 49, untuk memaklumkan kebakaran tersebut.

Sementara itu Mohd. Latif pula memberitahu, berkata, semua bekalan buah-buahan dan  lima lori pelbagai jenama bersaiz satu tan yang diparkir bersebelahan kedai itu musnah.

“Saya menganggarkan jumlah kerugian keseluruhan akibat kebakaran itu mencecah RM1 juta.” katanya.

Dalam pada itu, Komander Operasi Kanan (KOK), Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Hisham Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.07 pagi.

“Sebanyaj empat jentera masing-masing dua dari Balai Bonba Tikam Batu dan Sungai Petani dikejar ke lokasi untuk memadam kebakaran.

“Bagaimanapun,  tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan,” katanya.- UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -kerugian-rm1-juta/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 11:50 AM | Show all posts
up lagi bang 2 juta rugi...

btw takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.062687 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list