CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 1

[Perlis] Bapa ditahan bantu siasatan liwat anak kandung berusia 4 tahun

[Copy link]
Post time 14-4-2022 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 14-4-2022 02:24 PM

Kangar: Polis menahan seorang penganggur kerana dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap anak perempuannya yang berusia empat tahun di sebuah rumah di Arau semalam.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek berusia 51 tahun itu ditahan tengah malam semalam, selepas polis mendapat maklumat mengenai kejadian daripada nenek mangsa yang tinggal bersebelahan rumah suspek.

"Terdahulu, nenek mangsa yang melihat cucunya sedang bermain di halaman rumah memanggil mangsa untuk ke kediamannya selepas melihat keadaan cucunya itu yang muram serta serba tidak kena.

"Mangsa kemudian mengadu kepada neneknya bahawa dia berasa sakit di bahagian 'belakang'. Curiga dengan keadaan itu, neneknya meminta mangsa menceritakan apa yang berlaku.

"Kanak-kanak itu memberitahu neneknya perlakuan bapanya ketika mereka berdua saja di rumah," katanya dihubungi hari ini.

Nenek mangsa kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada polis.

Menurut beliau, mangsa adalah anak bongsu daripada tiga beradik yang mana kakak dan abangnya berusia 10 serta enam tahun.

"Sebelum ini, nenek mangsa sudah pun curiga dan mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan mangsa sejak Julai tahun lalu kerana perubahan sikap mangsa yang menjadi pendiam selain enggan bercakap.

"Siasatan awal mendapati, rumah nenek mangsa dan kediaman suspek yang juga menantunya itu terletak bersebelahan," katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, namun disebabkan sikap suspek yang dikatakan panas baran serta malas bekerja menyebabkan nenek mangsa dan suspek tidak bertegur sapa.

Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan semakan mendapati, lelaki terbabit turut mempunyai rekod lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ung-berusia-4-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 02:50 PM | Show all posts
suspek berusia 51


kenp x mampus saja org mcm ni? patut di lenyek anggota yg buat salah tu, hidup mnyusahkan dan x berguna sekupang pun!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048529 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list