CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 1

[Sabah] Polis Tahan Lelaki Tetak Bapa Saudara Guna Sabit Hingga Mati

[Copy link]
Post time 13-4-2022 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 13-4-2022 07:56 AM



LAHAD DATU : Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menetak mati bapa saudaranya dengan sabit pemotong buah sawit di Kampung Tradisi, Desa Kencana di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Samak Hassan berusia 55 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala, leher dan badan.

Kejadian dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang menegur anak buahnya supaya tidak sering memarahi ibu suspek yang juga kakaknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Sapii Ahmad berkata, mangsa adalah seorang warga asing yang bekerja di daerah ini tanpa dokumen sah.

“Kejadian disaksikan seorang wanita yang sedang membasuh pakaian di kawasan berhampiran apabila suspek dilihat tiba-tiba menetak mangsa dari belakang.

“Suspek dikatakan menetak kepala mangsa menggunakan sabit pemotong buah sawit yang dibawanya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, saksi yang ketakutan terus melarikan diri dari lokasi kejadian dan satu laporan polis dibuat oleh salah seorang penduduk kampung.

Susulan itu katanya, seorang suspek berusia 24 tahun yang juga anak saudara mangsa ditahan di salah sebuah rumah di kawasan ladang berkenaan pada hari yang sama.

Beliau berkata, turut dirampas ialah pakaian yang digunakan ketika kejadian dan suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif jenis methapetamine.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya. – FMT


sabahpost.net/2022/04/11
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 04:01 AM | Show all posts
kepala tgh high tu....mesti dia fikir mangsa tu pokok  sawit kot....

btw takziah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.059435 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list