CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Kedah] Terhidu tumpahan asid, 61 pelajar dikejarkan ke hospital

[Copy link]
Post time 13-4-2022 12:02 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN bomba tiba di perkarangan SM Agama Nurul Islam di Ayer Hitam untuk membersihkan sisa bahan kimia yang tumpah. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Kubang Pasu: Seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Nurul Islam, Ayer Hitam, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terhidu bahan kimia dipercayai asid sulfurik yang tumpah selepas tong penyimpanannya pecah.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi, kesemua pelajar yang terdiri daripada sembilan lelaki dan 52 perempuan berusia antara 14 hingga 17 tahun sedang belajar di dalam kelas masing-masing sebelum terhidu bahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata berikutan itu, pelajar terbabit mengalami simptom seperti sakit tekak dan kepala serta loya.

Katanya, pihak sekolah kemudian bertindak menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan dan pihak hospital bagi merawat pelajar yang mengalami simptom.

"Siasatan mendapati terdapat tong asid sulfurik disimpan bagi kegunaan pembelajaran di makmal sains sekolah berkenaan. Bagaimanapun tong terbabit pecah menyebabkan cecairnya tumpah ketika kerja pemindahan dilakukan kontraktor yang dilantik menyebabkan berlaku tindak balas dan pencemaran.

"Keadaan adalah terkawal dan tidak berlaku sebarang letupan, kecuali kesan pencemaran masuk ke kelas menyebabkan pelajar mengalami simptom," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini hari ini.

Rodzi berkata, 41 pelajar kemudian dihantar ke Hospital Jitra (HJ), enam pelajar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, manakala empat pelajar dihantar ke Klinik Kesihatan Ayer Hitam untuk rawatan lanjut.

"Setakat ini semua mereka dirawat sebagai pesakit luar dan tiada kes serius dilaporkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.20 tengah hari tadi.

"Susulan laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra tiba di SMA Nurul Islam, Ayer Hitam mencuci sisa bahan kimia berkenaan.

"Kita turut memastikan pengudaraan di lokasi adalah selamat sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.45 petang tadi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ejarkan-ke-hospital

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052021 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list