CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 7646|Reply: 43

[Jenayah] Remaja bunuh suami terlepas hukuman gantung

[Copy link]
Post time 12-4-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bernama
April 10, 2022 09:37 MYT

MUAR: Seorang remaja perempuan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi Muar mengarahkannya dipenjara pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan Sultan Johor selepas didapati bersalah membunuh suaminya, lima tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Awang Armadajaya Awang Mahmud membuat keputusan ke atas remaja yang kini berusia 22 tahun tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, remaja yang ketika itu berusia 17 tahun didakwa membunuh suaminya, Mohd Firdaus Md Sallehuddin, 28, di sebuah rumah di Jalan Indah 6, Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini, kira-kira pukul 1.30 tengah hari, 14 Okt 2017.  

Remaja berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, Awang Armadajaya dalam penghakimannya berkata, seseorang di bawah umur tidak boleh dikenakan hukuman mati, tetapi boleh dipenjara sehingga mendapat perkenan Sultan Johor.

"Oleh kerana pada tarikh kejadian kamu berusia 17 tahun 11 bulan dan 10 hari maka kamu ditakrifkan sebagai kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Kamu tidak boleh dijatuhkan hukuman mati. Kamu dijatuhkan hukuman di atas kehendak dan ihsan Sultan Johor sehingga satu masa yang ditetapkan. Kamu boleh merayu kepada Lembaga Pengampunan dan Sultan Johor untuk sebarang peringanan hukuman.

"Jika kamu dewasa saya terpaksa jatuhkan hukuman mati. Bersyukur kepada Allah kamu terselamat daripada hukuman mati. Saya doakan supaya kehidupan kamu selepas ini menjadi lebih baik, jadi orang bermanfaat, berguna kepada masyarakat dan keluarga. Saya sudah mendengar rayuan peguam kamu yang mana kehidupan kamu penuh dengan dukacita," katanya.

Berdasarkan fakta kes, pesalah menikam suaminya menggunakan pisau pemotong sayur di bahagian dada di kediaman milik majikan suaminya yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual ayam di sebuah pasar dan kejadian itu berlaku selepas kira-kira lima bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak 2017, tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan iaitu pesalah serta bapa angkat dipanggil memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azfar Mahmod dan Mustaqim Sukarno manakala peguam Yoong How Kiat mewakili tertuduh.
-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kategori bad girls kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kehidupan penuh dukacita...
Maknanya.mcmana? Dia kena dera kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Saksi dia pun bapa angkat, jd mcm dari kecil x ada keluarga kandung.  Lone ranger.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm best buat movie ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 12-4-2022 04:23 PM
Kehidupan penuh dukacita...
Maknanya.mcmana? Dia kena dera kah?

Mesti suami dia buat somethg jahat so dia geram dan tikam suami dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2022 04:35 PM | Show all posts
Kerana masih remaja menyelamatkan nyawanya untuk kes ini.  Apalah yang sebenarnya terjadi sampai dia berani bertindak macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita ni dah kuar kelmarin lagi rasany, kes ni penah masuk porem.
Bunuh laki sbb cemburu laki tak balik berapa hari tah..
Kurus dah dia yelaa lama juga duk penjara kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 12-4-2022 04:30 PM
Mesti suami dia buat somethg jahat so dia geram dan tikam suami dia

Iols pung fikir begitu juga...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
302 xmasuk sekolah pemulihan akhlak ek?
Nak try carik artikel dulu tp mcm xde..
Sbb dia underage ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca di fb, katanya masa tu dia tengah pantang sebab gugur. Lepas tu husband tak balik rumah 2-3 hari pulak. Ada kata sebab husband pulak kerja potong ayam dekat pasar. Dah penat, tidur dekat stor tempat simpan barang. Tengok gambar, macam couple yang biasa2, jenis budak2 lurus je. Kesian jadi macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 12-4-2022 04:46 PM
302 xmasuk sekolah pemulihan akhlak ek?
Nak try carik artikel dulu tp mcm xde..
Sbb dia underage ke? ...

I jumpa blog nih

https://kakikecoh.com/suami-maut-ditikam-isteri-akibat-tak-balik-rumah-cerita-sebenar-sangat-mengejutkan-netizen/
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by matchstick at 12-4-2022 05:44 PM
lattehazelnut replied at 12-4-2022 04:46 PM
302 xmasuk sekolah pemulihan akhlak ek?
Nak try carik artikel dulu tp mcm xde..
Sbb dia underage ke? ...


Ada je uols. Google nama husband tu pun keluar byk artikel. Dulu sheols gundu. Skrg dh kurus byk jgk. Sayang kena habiskan waktu muda dlm penjara

Soalan uols pasal xmasuk sekolah pemulihan akhlak tu tak relevan kot. Sbb masa kejadian sheols dh umur lepasan SPM. Cuma belum cukup 18 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki dok kat rumah tempat kerja.....
Kot mcm tu pun nk cemburu.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 06:03 PM | Show all posts
rupa arwah not bad. maybe isterinya insecure sbb berbadan besar n fikir bukan2 smpai tikam menikam...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahhh......susah betul la... bila.....'ayam' tu ditafsirkan memacam oleh netizen....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 07:09 PM | Show all posts
apalah yg merasuk fikiran okt ini?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 12-4-2022 06:43 PM
Ahhh......susah betul la... bila.....'ayam' tu ditafsirkan memacam oleh netizen....

Mungkin jugak..bisikan setan..' laki ko enak2 sedang berlumuh dengan ayam'..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan bila datang bodohnya bukan kepalang
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis psiko la kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.818346 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list