CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 11/04/2022

[Copy link]
Post time 12-4-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-4-2022 03:53 AM

Selepas hampir setahun, kes COVID-19 Sabah bawah paras 100

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan jumlah kes baharu terendah di bawah paras 100 kes selepas hampir setahun dengan 65 kes baharu direkodkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan membabitkan penurunan sebanyak 59 kes berbanding semalam.

Katanya, terdapat dua faktor yang menyumbang kepada jumlah jangkitan harian yang rendah iaitu penurunan kes baharu dalam jumlah yang agak besar di beberapa daerah dan kenaikan kecil di daerah yang merekodkan pertambahan kes baharu.

"Antara daerah yang merekodkan penurunan kes baharu yang agak besar ialah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Beaufort, dan Tuaran.

"Walaupun terdapat sembilan daerah mencatatkan pertambahan kes baharu, tetapi hanya enam daerah yang merekodkan pertambahan satu kes berbanding semalam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Kota Kinabalu satu-satunya daerah yang mencatat kes baharu dua angka dan sebanyak 16 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja termasuk 13 daerah yang hanya mencatat kes baharu antara satu hingga empat kes.

Menurutnya, tidak ada kes jangkitan baharu di 10 daerah. Namun, peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi pada 55.4 peratus.

"Bagi pihak kerajaan negeri dan semua agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan pandemik COVID-19 di Sabah, saya ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada rakyat negeri ini yang mempamerkan  disiplin tinggi  dalam mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP).

"Sikap ini sudah pasti membantu kerajaan mengurus penularan COVID-19 dengan lebih berkesan.

"Lebih daripada itu, saya merakamkan jutaan terima kasih serta sanjungan budi kepada semua barisan hadapan kita yang bekerja siang dan malam bagi menjamin keselamatan kesihatan untuk semua penduduk negeri ini," jelasnya.



utusanborneo.com.my/2022/04/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.279336 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list