View: 412|Reply: 0
|
Fokus kekuatan mental skuad jujitsu
[Copy link]
|
|
SHAHRIZAL (kanan) bersama Lim pada sidang media di MSN Bukit Jalil, hari ini. FOTO AZIAH AZMEE
Kuala Lumpur: Pengalaman lalu ketika menyertai Sukan Sea Filipina 2019 memberi pengajaran kepada atlet jujitsu negara supaya lebih bersedia mental dan taktikal dalam usaha membawa pulang pingat.
Pengurus skuad jujitsu negara, Sharizal Md Sidek berkata, berdasarkan prestasi terkini atlet, rata-rata berada pada tahap optimum dan mampu memberi cabaran kepada peserta lain.
Namun, kebimbangan menghantui skuad negara itu adalah apabila atlet tidak mampu menyerap tekanan mental, selain tidak mengikut taktikal diterapkan, sekali gus tunduk kepada lawan masing-masing kelak.
"Berdasarkan persiapan terkini, kita lebih fokus kepada latihan untuk memperkuatkan mental selain memastikan mereka mampu mengikuti setiap taktikal diterapkan.
"Jika mahu pergi lebih jauh pada kejohanan dwi tahunan itu, kita perlu mengambil iktibar apa yang berlaku di Filipina terutama membabitkan pemilihan atlet.
"Atlet negara ketika ini mempunyai prestasi sama atau lebih baik daripada peserta lain di negara Asean, sekali gus menjangkakan tidak menghadapi masalah membawa pulang kilauan pingat untuk negara," katanya pada sidang media bersama jurulatih, Lim Fang Han di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, hari ini.
Jujitsu adalah seni mempertahankan diri dari Jepun yang menggunakan senjata pendek atau tanpa senjata dan Malaysia mula menghantar wakil pada acara berkenaan bermula 2019.
Pada Sukan Sea edisi lalu menyaksikan wakil negara membawa pulang satu perak dan dua gangsa.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ental-skuad-jujitsu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|