CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 1

[Kedah] 'Suami peluk, cium, puji cantik sebelum ghaib'

[Copy link]
Post time 12-4-2022 11:18 AM | Show all posts |Read mode

DJ Sal yang juga isteri DJ Wong atau nama sebenar Noor Aziz Johari, 53, menunjukkan gambar suaminya yang hilang sejak Rabu lalu selepas keluar dari rumah mereka di Taman Ria Mesra 2. FOTO IZAD THAQIF HASSAN

Gurun: "Suami sempat peluk, cium dan memuji kecantikan saya sebelum dia 'ghaib' tanpa sebarang berita," kata wanita yang hanya mahu dikenali DJ Sal, 47, isteri kepada DJ Wong atau nama sebenar Noor Aziz Johari, 53, yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Pasangan terbabit aktif bersiaran secara dalam talian di Facebook (FB) "DJ Wong And Sal Bollywood" yang kini mempunyai hampir 100,000 pengikut.

Menurutnya, pada hari kejadian mereka sedang bersiap untuk bersiaran secara langsung di FB pada 10 malam sebelum dia dipeluk suami, dicium tiga kali serta dipuji cantik.

"Ketika itu, saya tidak terfikir apa-apa kerana suami memang kerap berbuat demikian dan selepas itu saya memintanya pergi bersiap dalam bilik.

"Bagaimanapun, saya selepas itu menyedari yang suami tidak masuk bersiap dalam bilik sebaliknya dia terus menghilangkan diri," katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Ria Mesra 2, hari ini.

Katanya, apabila menyedari suami tiada dalam bilik, dia cuba mencari dalam sekeliling rumah namun gagal menemui DJ Wong.

"Ketika itu hujan lebat dan saya cuba menghubungi suami namun telefon bimbitnya dimatikan. Bimbang dengan situasi itu, saya bergegas ke rumah keluarga suami di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena namun masih gagal mengesannya," katanya yang masih bingung dengan kejadian itu.

Menurutnya, tiada sebarang perselisihan faham berlaku antara mereka yang boleh dikaitkan dengan misteri kehilangan suaminya itu yang dilihat keluar dengan memakai kemeja dan jeans biru.

"Saya hanya perasan suami kelihatan agak murung sejak kebelakangan ini dan tidak ceria berbanding sebelumnya namun tidak tahu apa masalah difikirkannya.

"Suami hanya membawa telefon bimbit serta kad pengenalan dan saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangannya itu," katanya yang berharap suami ditemui dalam keadaan selamat.

Katanya, dia sudah meminta bantuan saudara serta kenalan untuk mengesan dan memberi maklumat sekiranya terjumpa suaminya itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat DJ Wong boleh menghubungi DJ Sal di talian 0135783727 atau 0134194818.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... antik-sebelum-ghaib

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 11:03 AM | Show all posts
talak 3 teruih dia bubuh...

lelaki bila dah nekad, walau dlm hati masih syg.. tp sbb dh lama pendam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.120823 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list