CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Perlis] Guru agama perlu fahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah - Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 12-4-2022 11:12 AM | Show all posts |Read mode

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Kangar: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar guru agama di negeri ini memahami dan berpegang teguh kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

Baginda bertitah, guru agama yang mengajar di Perlis juga perlu mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis bagi menggelak daripada dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33 Enakmen Jenayah Dalam Syarak dan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, kedudukan guru agama dan murabbi adalah mulia di sisi agama malah mereka mempunyai tanggungjawab mendidik umat Islam untuk kekal berada di jalan yang benar.

"Sudah tentu peranan ini akan menentukan nasib dan keadaan ummah pada masa hadapan. Jentera pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan yang berkhidmat di Perlis juga hendaklah memahami peranan guru dan para murabbi.

"Dalam hal ini, bantuan daripada agensi agama Persekutuan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah diperlukan bagi memastikan proses pemahaman dipermudahkan bagi mereka yang berkaitan," titah baginda ketika merasmikan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-raja-muda-perlis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.061568 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list