CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 670|Reply: 0

Budak Sekolah Tunggang Motor Guna Kaki, Tangan 'Picit-Picit' Telefon

[Copy link]
Post time 12-4-2022 03:30 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah klip video mendapat perhatian netizen Indonesia kerana memaparkan senario seorang pelajar lelaki menunggang  motosikal menggunakan kakinya sambil kedua-dua tangan leka bermain telefon bimbit, lapor laman berita Suara.com.


Video yang dirakam seorang pengguna jalan raya di wilayah Jawa Tengah itu dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @andreli_48.




Kredit foto: IG @andreli_48




Menerusi video tersebut, seorang pelajar lelaki yang masih memakai seragam sekolah dilihat menunggang sebuah motosikal berwarna merah.


Kedua-dua tangannya memegang telefon bimbit untuk bermain permainan video, manakala dua kakinya diletakkan pada hendal untuk mengawal motosikal.




  



Ketika di simpang jalan, pelajar lelaki tersebut membelok ke kiri sambil mendepakan tangannya sebelum terus bermain permainan video.


Perakam tersebut kelihatan panik dan memberitahu bahawa dia perlu membelok, namun pelajar itu kelihatan santai sahaja.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056071 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list