CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

[Kedah] Berkat doa, zikir penglihatan kembali pulih

[Copy link]
Post time 11-4-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Azwar menunjukkan perkataan yang ditulis selepas penglihatannya agak baik awal bulan ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Sik: "Setiap hari saya tidak henti berzikir dan mengamalkan doa agar penglihatan kembali pulih. Alhamdulillah saya dapat melihat walaupun masih kabur," kata Muhammad Azwar Mohd Ariff, 15.

Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2018 itu berkata, penglihatannya bertambah baik sejak awal Ramadan dan kini dia dapat menulis secara perlahan walaupun tidak sempurna seperti dahulu.

Katanya, paling mengharukan apabila doanya agar dapat berjalan seorang diri ke surau bagi menunaikan solat tarawih dan mengikuti pengajian agama turut dapat dilakukan ketika ini.

"Sebelum ini penglihatan saya hanya samar-samar. Saya hanya dapat keluar sehingga depan rumah sahaja dan untuk ke surau perlu bantuan adik yang akan memimpin saya.

"Sekarang saya boleh berjalan sendiri termasuk pada waktu malam untuk solat tarawih, banyak masa saya luang di surau kerana saya turut belajar agama di Pondok Tuan Guru Haji Salleh," katanya yang tinggal kira-kira 300 meter dari pondok berkenaan.

Masalah kesihatan yang menimpa Azwar sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia disahkan menghidap ketumbuhan pada bahagian kepala sehingga menyekat pengaliran air ke tulang belakang.

Berikutan itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan menebuk kepalanya bagi mengeluarkan cecair pada Oktober 2018 dengan kesan pembedahan itu menyebabkan penglihatan Azwar terjejas dan dia tidak lagi dapat bersekolah.

Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah tahun lalu, Azwar yang hadir berkerusi roda menjadi antara penerima anugerah yang disampaikan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Azwar berkata, jadual hariannya kini padat dan banyak menghabiskan masa belajar ilmu berkaitan agama, walaupun tidak mampu membaca kitab.

"Selepas solat tarawih saya akan menyambung pengajian antara jam 11 malam hingga 1.30 pagi. Pada sebelah pagi pula saya mula belajar pada 7.45 hingga 10.30 pagi dan sambung semula pada 3 hingga 4 petang.

"Ahad pula saya ikut guru, Syeikh Muslim Salleh mengajar di masjid berdekatan dan setiap Isnin, Selasa dan Khamis saya mengikuti kelas al-Quran Braille secara dalam talian bersama guru di Kuala Lumpur," katanya.

Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, dia kini tidak mempunyai pilihan lain kecuali berusaha menghafal apa sahaja yang dapat dipelajarinya terutama Kitab Matan al-Jurumiyah bagi memudahkannya mempelajari kitab lain selepas ini.

"Setakat ini, saya sudah hafal hingga muka surat 23 daripada 47 muka surat, kawan di pondok akan bantu membaca dan rakam audio supaya saya boleh mendengarnya kembali dan berusaha menghafal di rumah.

"Walaupun ibu bapa saya tidak mampu membeli peralatan digital khas untuk orang cacat penglihatan belajar dengan lebih mudah, saya tetap bersyukur kerana urusan sentiasa dipermudahkan Allah," katanya yang bercita-cita menjadi guru agama.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hatan-kembali-pulih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059278 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list