CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Sabah] Kanak-kanak lelaki rentung dalam insiden kebakaran

[Copy link]
Post time 11-4-2022 12:11 AM | Show all posts |Read mode


MAUT: Mangsa ditemukan rentung dalam insiden kebakaran tersebut.

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam insiden kebakaran di Kampung Labian, Sungai Bilis, di sini, pagi tadi.

Kanak-kanak berkenaan dikatakan gagal keluar menyelamatkan diri selepas rumahnya terbakar.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Abu Bakar Ash Siddiq Rajesh, 9, ditemukan rentung di dalam salah sebuah daripada dua rumah yang musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.05 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera serta Pasukan Bomba Bantuan Felda Sahabat digerakkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan dua rumah jenis tidak kekal masing-masing berkeluasan 83 meter persegi dan 185 meter persegi.

“Operasi pemadaman terus dilakukan bagi memastikan api terpadam sepenuhnya dan dua rumah sudah musnah terbakar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumsoa berkata, pasukannya difahamkan terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki terperangkap dalam kebakaran.

“Gerakan mencari mangsa dijalankan dan menemukan mangsa dalam keadaan rentung sebelum dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

“Kes tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 2.30 petang,”katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.048571 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list