CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 10/04/2022

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Sabah rekod 124 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 124 kes baharu COVID-19 hari ini dengan peningkatan 18 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sebanyak 11 daerah mencatat jumlah kes harian yang lebih tinggi walaupun pada kadar yang rendah.

"Ia didahului oleh Kota Kinabalu dengan 33 kes baharu, pertambahan sembilan kes setelah mencatatkan penurunan 33 kes semalam.

"Daerah Tuaran (+6), Papar (+1), Beaufort (+2) dan Putatan (+2) juga merekod pertambahan tetapi Penampang (-1)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kes harian menurun secara marginal di sembilan daerah dengan Sandakan dan Keningau merekodkan penurunan yang terbanyak.

Secara keseluruhan katanya, kedudukan kes jangkitan COVID-19 di semua daerah di Sabah masih dianggap stabil walaupun terdapat pertambahan 18 kes hari ini.

"Seramai 120 orang daripada 124 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.066452 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list