CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 0

[Sabah] Kanak-kanak lengkap vaksinasi di Sabah tidak sampai dua peratus

[Copy link]
Post time 10-4-2022 01:17 PM | Show all posts |Read mode


SHAHELMEY

KOTA KINABALU: Jumlah kanak-kanak yang menerima vaksin di Sabah masih berada pada tahap yang rendah biarpun sesi persekolahan tanpa penggiliran akan bermula tidak lama lagi.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya berkata, setakat 8 April lepas, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) hanya mencapai 1.35 peratus untuk penerima dos lengkap.

Katanya, bagi kanak-kanak yang menerima vaksin dos pertama direkodkan sebanyak 24.15 peratus.

Menurutnya, jumlah berkenaan diambil kira daripada 411,400 kanak-kanak yang layak menerima vaksin di negeri ini.

"Jumlah ini masih jauh dari sasaran 50 peratus kanak-kanak menerima vaksin menjelang sesi persekolahan penuh.

"Kita juga tidak meletakkan sasaran baharu tetapi kita minta para ibu bapa supaya terus sedar bahawa sekarang sekolah dibuka penuh.

"Justeru,  anak-anak perlu mendapatkan vaksin bagi memastikan kesihatan mereka terjamin," katanya ketika ditemui media pada majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Pengagihan Zakat Kumpulan Qhazanah Sabah di sini semalam.

Beliau berkata, berdasarkan pencapaian semasa yang masih rendah, ibu bapa khususnya yang mempunyai anak berumur lima hingga 11 tahun perlu memastikan anak-anak mendapatkan vaksin.

Shahelmey berkata, mereka boleh mengunjungi fasiliti kesihatan atau berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah bagi mengurus mendapatkan vaksin anak-anak.

Jumaat lepas, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan sesi persekolahan tanpa penggiliran bagi murid sekolah rendah akan dimulakan pada 17 April ini bagi negeri kumpulan A dan pada 18 April bagi negeri kumpulan B.


utusanborneo.com.my/2022/04/10




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064609 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list