CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Sabah] Pekan Tenghilan dinaiki air, JPKK diminta bersiap sedia bantu penduduk terjejas

[Copy link]
Post time 10-4-2022 12:15 PM | Show all posts |Read mode


TAMPARULI : Hujan berterusan sejak pagi semalam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini mula dinaiki air banjir.

Ini termasuklah di sekitar Pekan Tenghilan yang turut menyebabkan pergerakan penduduk setempat terjejas khususnya bagi mereka yang mahu keluar membeli barang keperluan, bekerja dan ke gereja terbatas.

Tinjauan sekitar jam 8 pagi tadi, air dilihat semakin naik disebabkan keadaan air pasang yang dijangka sehingga jam 3 petang nanti.

Antara yang dinaiki air ialah kedai pekan Tenghilan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Tenghilan, Tabika Kemas Tenghilan, Tamu Tenghilan, Padang Pekan Tenghilan, Sekolah Rendah Adventist (SRA) Tenghilan serta beberapa kawasan lain termasuklah rumah penduduk.


Manakala turut dinaiki air adalah rumah berhampiran kawasan sungai di Kampung Paruh, Kampung Tinuhan dan Kampung Bunga.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, berkata, beliau telah memaklumkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan-kawasan berisiko banjir dan tanah runtuh untuk bersedia menerima sebarang aduan penduduk dan melaporkannya kepada pihak berwajib.

“Saya telah berhubung dengan Pegawai Daerah Tuaran tadi untuk mengaktifkan semula gerakan banjir,” katanya.

Beliau berharap semua pemimpin JPKK sentiasa bersiap sedia dengan apa-apa yang diperlukan oleh pihak urusetia Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

“Mereka mungkin akan menghubungi dari semasa ke semasa, jadi sentiasa bersedia untuk membantu,” katanya sambil mengharapkan agar keadaan banjr segera surut.

Sehingga jam 10 pagi tadi, paras air di sekitar jalan berhampiran Padang Pekan Tenghilan masih berada pada paras tinggi.


sabahmedia.com/2022/04/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.052605 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list