CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Sabah] Masyarakat main peranan pastikan COVID-19 dapat dikawal

[Copy link]
Post time 10-4-2022 12:13 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU : Masyarakat di negeri ini memainkan peranan penting dalam memastikan penularan jangkitan COVID-19 di Sabah dapat dikawal dengan baik.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang masih dikuatkuasakan oleh kerajaan meskipun telah memasuki fasa peralihan ke endemik.

“Adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk memastikan mereka mematuhi semua SOP yang dikuatkuasakan kerajaan.

“Seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini, pada akhirnya yang menentukan berjaya atau gagal kita mengawal penularan COVID-19 adalah masyarakat itu sendiri, jadi sebab itulah masyarakat perlu memainkan peranan dalam perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kehadiran pengunjung di bazar-bazar Ramadan yang dibuka sepanjang Ramadan disekitar Sabah.

Masidi berkata, ini merupakan sumbangan masyarakat dalam menjayakan usaha kerajaan menangani penularan COVID-19 di negeri ini.

“Walaupun kita lihat dalam beberapa gambar yang diterima dimana sekumpulan atau kehadiran pengunjung yang ramai di bazar Ramadan, saya andaikan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih dalam mengawal keadaan,” katanya.

Semalam, Sabah merekodkan sebanyak 106 kes jangkitan COVID-19 selepas turun sebanyak 66 kes berbanding kelmarin.

Jumlah itu juga merupakan antara angka yang terendah sejak beberapa bulan lalu selain keadaan di negeri ini secara keseluruhan semakin bertambah baik.

Sehingga Sabtu, cuma tiga daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka, iaitu Kota Kinabalu 24 (-33), Penampang 19 (+7) dan Papar 10 (tidak berubah).

Selain Penampang, hanya dua daerah lain iaitu Putatan 6 (+3) dan Kinabatangan 3 (+1)  merekodkan pertambahan kes baharu.


sabahmedia.com/2022/04/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.069593 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list