CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Sabah] Kampung Tinusa, Sandakan Dikejutkan Dengan Hujan Batu

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN : Fenomena luar biasa berlaku di sebuah perkampungan atas air, Kampung Tinusa 2 dekat sini apabila penduduk dikejutkan dengan hujan batu kurang setengah jam sebelum waktu berbuka puasa petang semalam.

Kejadian berlaku selama kira-kira 20 minit sekitar 5.50 petang tadi, ditambah pula dengan hujan lebat dan angin kencang, kata Pemaju Mukim Sungai Sibuga Osman Tiakok, yang juga penduduk kampung berkenaan.

“Meskipun kampung ini sering mengalami cuaca hujan lebat dan angin kencang serta air pasang luar biasa berikutan kedudukan kampung yang terdedah kepada laut terbuka, namun hujan ais (batu) itu merupakan pertama kali dialami.

Tetapi Alhamdulillah, keadaan beransur pulih selepas hujan batu itu berserta angin kencang reda. Setakat ini, tiada laporan kerosakan rumah seperti zink atau bumbung terbang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Osman berkata penduduk kampung yang teruja melihat ketulan ais jatuh atas bumbung dan halaman luar rumah serta mengenai jendela kereta, dengan pantas merakamkan kejadian itu.

Jabatan Meteorologi telah meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 11 malam ini di negeri Sabah. – BERNAMA



sabahpost.net/2022/04/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.054724 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list