CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Sabah] Mayat Rentung Disahkan Anggota Polis

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:47 AM | Show all posts |Read mode


Mayat Rentung Disahkan Anggota Polis, Ada Kesan Tembakan Pada Kepala

Lokasi seorang anggota polis ditemui rentung di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Utara Taman King Fook, Tawau pada Sabtu.

TAWAU : Mayat seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 35 tahun ditemukan dengan kecederaan di kepala, dipercayai akibat tembakan di sebuah bilik di Taman King Fook, Jalan Utara di sini hari ini.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan rentung dalam sebuah bilik yang terbakar di sebuah rumah di taman itu pada pukul 10.35 pagi dan turut ditemukan sepucuk senjata api dipercayai milik mangsa yang terletak bersebelahannya.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Setakat ini mayat mangsa telah dirujuk ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita malam ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Julius John Stephen berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.17 pagi.

“Kebakaran membabitkan sebuah bilik dan api dipadamkan sebelum ketibaan bomba, cuma kami terpaksa memecahkan pintu bilik selepas mendapati ia berkunci daripada dalam, satu mayat ditemukan dalam bilik itu,” katanya. – BERNAMA


sabahpost.net/2022/04/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.060227 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list