CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

[Sabah] SK Seri Gum Gum rosak akibat ribut

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:39 AM | Show all posts |Read mode


ROSAK: Keadaan sekolah berkenaan selepas terkena tiupan angin kencang.

SANDAKAN : Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gum-Gum, mengalami kerosakan selepas kejadian angin kencang, di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.13 malam.

Menurutnya, sepasukan enam anggota dengan menggunakan sebuah jentera penyelamat kemudiannya dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan.

“Sebaik tiba dan pemeriksaan dilakukan mendapati, 30 peratus bumbung sekolah berkenaan runtuh dan rosak.

“Bagaimanapun kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa,”katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian dalam keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.25 malam.

Terdahulu, beberapa kawasan di Sandakan dilanda ribut dan tiupan angin kencang serta turut berlaku hujan ais batu, semalam.


utusanborneo.com.my/2022/04/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065665 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list