CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Sabah] KPDNHEP kemuka cadangan beri subsidi kepada individu

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:37 AM | Show all posts |Read mode


SIDANG MEDIA: Rasol (tengah) ketika mengadakan sidang media, di sini, hari ini.

TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengemukakan cadangan untuk memberi subsidi kepada individu bagi mengelak ketirisan barang kawalan ke luar negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rasol Wahid berkata subsidi kepada individu antara cadangan yang akan dibuat untuk mengatasi masalah tersebut.

“Ketika ini, kerajaan memberikan subsidi ke atas barang kawalan dan ia akan memberi manfaat kepada rakyat asing sekiranya barang tersebut mengalir ke negara mereka.

“Pemberian subsidi kepada individu dilihat satu mekanisme yang baik supaya kemudahan itu hanya memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sahaja,” katanya ketika sidang media, di sini hari ini.

Katanya, bagi tahun 2022 sahaja, kerajaan sudah meluluskan sebanyak RM680 juta untuk memberikan subsidi terhadap barang keperluan.

“Kita tidak mahu subsidi yang kerajaan berikan khas untuk rakyat Malaysia mengalir ke luar negara sehingga berlaku kekurangan bekalan tersebut.

“Selain itu, kementerian juga menerima beberapa cadangan lain termasuk meletakkan cip ke atas barang kawalan supaya kita tahu beradaannya,” katanya.

Menurutnya, KPDNHEP turut menjalankan kerjasama dengan pihak berkuasa di negara jiran supaya tiada pengaliran barang secara tidak sah berlaku antara kedua-dua negara.

“Setakat ini kerjasama itu sangat baik dan penguatkuasaan sentiasa dilakukan secara bersama terutamanya di kawasan sempadan seperti Pulau Sebatik,” katanya.

Rasol berkata, lawatannya ke Pulau Sebatik untuk melihat kawasan pengedaran barang kawalan bersubsidi serta program penyeragaman harga di Kampong Sungai Tongkang dan Kampung Mentadak.

“Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk meninjau keberkesanan program yang telah dilaksanakan kerajaan di Pulau Sebatik sejak 2012.

“Data ini sangat penting untuk KPDNHEP menambahbaik mekanisma dan meneliti alternatif seperti pelaksanaan Subsidi Bersasar bagi menjamin penyaluran itu tepat kepada golongan sasar.

“Selain itu, dapat mengurangkan ketirisan dalam usaha mengurangkan beban fiskal kerajaan dalam soal subsidi,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.190323 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list