CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Sabah] Lebih 12 peniaga bazar rugi akibat fenomena angin kencang

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-4-2022 03:52 AM



ROSAK: Gerai Ramadan di kawasan Gum Gum rosak akibat fenomena angina kencang.

SANDAKAN: Lebih 12 peniaga bazar ramadan di kawasan Gum-Gum terpaksa menanggung kerugian selepas gerai mereka rosak akibat kejadian ribut, kelmarin.

Lebih menyedihkan, wang hasil jualan mereka juga turut lesap dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.15 petang, dipercayai diterbangkan angin kencang berkenaan.

Peniaga, Mokhtar Mamat berkata pada awalnya mereka melihat angin berbentuk seperti ‘Puting Beliung’ dan menghentam atap masjid berdekatan.

Katanya, angin itu kemudiannya menghentam lagi sebuah tempat mencuci kereta sebelum bertiup ke arah gerai bazar mereka.

“Angin kencang datang secara tiba-tiba semasa kami sedang sibuk menjual dan gerai kami antara yang awal terkena ribut.

“Semua peniaga kelam kabut berlindung di tempat selamat kerana angin terlalu kencang, bukan seperti biasa dan hanya mampu melihat khemah gerai rosak,” katanya.

Menurutnya, ribut yang berlaku betul-betul luar biasa kerana terlalu kuat sehinggakan kami tidak sempat menyelamatkan barang-barang di gerai.

“Banyak peralatan gerai rosak akibat diterbangkan angin kencang termasuk khemah yang kami gunakan sudah tidak boleh diperbaiki lagi,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Asmah Alparsani berkata empat khemah jualannya rosak dan tidak boleh digunakan lagi akibat kejadian angin kencang itu.

Katanya, alat pemanggang dan perkakas lain juga rosak, manakala bahan makanan untuk jualan ketika itu semua kena buang sebab sudah bertaburan.

“Wang hasil jualan juga diterbangkan angin, sebab saya hanya ingat mahu menyelamat diri sahaja berteduh di tempat selamat.

“Duit dalam bekas hasil jualan dalam RM700 habis berterbangan, namun syukur beg untuk menyimpan dokumen sempat saya ambil,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.056012 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list