CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Sabah] Tanah runtuh musnahkan lima rumah di Telipok

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode


TANAH RUNTUH: Lima rumah musnah akibat tanah runtuh yang berlaku di kawasan Telipok. Gambar ihsan JBPM Sabah

KOTA KINABALU: Hujan lebat yang berterusan sepanjang hari sejak semalam mengakibatkan satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan Skim Penempatan Telipok dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Agustavia Joe Guasi berkata, sebanyak lima rumah di kawasan terbabit musnah akibat dari kejadian tanah runtuh itu.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.59 pagi melalui Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999.

Menurutnya, setakat jam 10 pagi ini, tiada mangsa yang terlibat mengalami kecederaan atau meninggal dunia.

"Kawasan berkenaan berhampiran dengan anak sungai dan apabila hujan berterusan, kejadian tanah runtuh seperti ini boleh berlaku.

"Maklumat lanjut jumlah penghuni dan keluarga bagi setiap rumah yang terlibat masih dalam proses pengumpulan," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 8.45 pagi.

Bagaimanapun jelasnya, pihak bomba akan terus memantau keadaan keselamatan di kawasan terbabit.

Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan semua pemilik rumah supaya mengosongkan kawasan terbabit dan berpindah ke tempat yang selamat.

Katanya, arahan itu bagi memastikan keselamatan penduduk kerana pergerakan tanah masih berlaku serta keadaan cuaca yang masih hujan.


utusanborneo.com.my/2022/04/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.062392 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list