CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 09/04/2022

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Sabah rekod 106 kes baharu COVID-19
KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 106 kes baharu COVID-19 hari ini dengan pengurangan sebanyak 66 kes berbanding hari semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, ia merupakan angka terendah sejak beberapa bulan.

"Keadaan di Sabah secara keseluruhan semakin bertambah baik. hari ini tiga daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka, iaitu Kota Kinabalu 24 (-33), Penampang 19 (+7) dan Papar 10 (tidak berubah).

"Selain Penampang, hanya dua daerah lain iaitu Putatan 6 (+3) dan Kinabatangan 3 (+1)  merekodkan pertambahan kes baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 17 daerah mencatat kes jangkitan baharu satu angka dimana tujuh daripada daerah tersebut masing-masing hanya merekodkan satu kes sahaja.
Katanya, tujuh lagi daerah tidak mencatat sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Seramai 105 orang daripada 106 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Tidak ada pesakit dalam Kategori 3 dan Kategori 4. Seorang pesakit dalam Kategori 5," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/09

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.410705 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list