CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 1

[Sabah] Covid-19 09/04/2022

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:16 AM | Show all posts |Read mode





Dua kematian, 350 kes baharu COVID-19 di Sarawak

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 350 kes baharu dengan dua kematian akibat jangkitan COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daripada kes baharu itu 349 kes adalah kategori satu dan dua manakala satu kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya dengan kes baharu itu jumlah kumulatif di negeri ini kini 302,233 kes.

Jawatankuasa berkata Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi hari ini dengan 113 kes diikuti Miri (51), Bintulu (40), Sibu (30), Serian (21) dan Samarahan (10).

Manakala daerah lain, Sarikei, Sri Aman dan Pusa masing-masing (9), Bau dan Betong (8), Dalat dan Matu (5), Tatau (4), Limbang dan Mukah (3), Simunjan, Lundu, Asajaya, Lawas dan Subis (2).

Sementara itu Tanjung Manis, Lubok Antu, Marudi, Kabong, Belaga, Kapit, Saratok, Sebauh, Song, Pakan, Tebedu dan Beluru masing-masing (1).

Jawatankuasa berkata, enam lagi daerah tidak merekodkan kes iaitu Daro, Meradong, Selangau, Julau, Kanowit, Telang Usan dan Bukit Mabong.

Mengenai dua kes kematian hari ini, JPBNS memaklumkan kedua-dua kes bertarikh 7 April itu melibatkan wanita berusia 68 tahun di Miri yang mempunyai Dislipidemia dan kanser.

Manakala satu lagi kes kematian melibatkan lelaki 47 tahun dari Sibu yang mempunyai Penyakit darah tinggi dan dislipidemia.

Jawatankuasa berkata tiada kluster baharu yang diisytiharkan yang sekali gus menyaksikan kluster aktif di Sarawak kekal empat.

Berhubung notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan tujuh kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Katanya kesemua kompaun dikeluarkan di daerah Kuching atas kesalahan kerana gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera iaitu (6) dan pemilik premis gagal menyediakan kod QR MySejahtera (1).

Dengan itu polis setakat ini telah mengeluarkan 13,800 notis kompaun seluruh negeri.


utusanborneo.com.my/2022/04/09
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2022 11:18 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.051880 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list