CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Kedah] Meniti bumbung cuba loloskan diri

[Copy link]
Post time 10-4-2022 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 10-4-2022 11:17 AM



Sungai Petani: Bimbang ditahan, dua tukang urut Thailand nekad melarikan diri dengan keluar melalui tingkap dan berjalan meniti bumbung ketika premis di Taman Sejati Indah, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, tindakan dua wanita berusia 37 dan 43 tahun yang turut melakukan aktiviti seks sia-sia apabila diberkas ketika cuba bersembunyi di premis sebelah.
Dalam operasi pada 1.45 pagi yang diketuai Timbalan Pengarah JIM Kedah, Rosmaliza Mohamed Rashid itu, dua wanita terbabit dikesan menawarkan khidmat seks dengan mengenakan caj RM200 untuk pelanggan bermalam.

Selain dua wanita terbabit, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun yang juga pelanggan turut ditahan pihak berkuasa.
Ketika serbuan, pegawai dan anggota JIM cuba masuk menggunakan laluan utama ke tingkat atas premis berkenaan.
Bagaimanapun, pintu utama premis di tingkat bawah restoran itu dikunci dengan mangga menyebabkan anggota JIM terpaksa memecah masuk pintu menggunakan alat pemotong.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, dua wanita berkenaan mengambil kesempatan keluar melalui tingkap bahagian belakang premis sebelum berjalan meniti bumbung.
Kedua-duanya dilihat berulang-alik beberapa kali sebelum seorang daripada mereka dapat membuka tingkap dan masuk ke premis sebelah manakala rakannya terpinga-pinga mencari jalan meloloskan diri.
Tidak lama kemudian, wanita terbabit menyedari rakannya berada di premis sebelah selepas mendengar namanya dipanggil dan dia memanjat tingkap dalam keadaan kelam-kabut.

Namun, mereka yang menyangka sudah selamat akhirnya diberkas kerana lokasi terbabit sudah dikepung sebelum kedua-duanya dibawa ke premis awal yang diserbu JIM.
Hasil siasatan di tingkat atas premis itu mendapati ia sudah diubahsuai dengan didirikan beberapa bahagian bilik yang dibina dengan berdindingkan papan sebagai pemisah.

Setiap bilik dilengkapi tilam dan juga peralatan mengurut serta seks seperti minyak pelincir, tisu serta kondom dan seorang pelanggan iaitu lelaki Bangladesh turut ditahan.
Ketika ditahan, lelaki Bangladesh terbabit cuba meraih simpati dengan menangis dan meraung namun langsung tidak mengalirkan air mata selain mendakwa dia baru saja tiba untuk mendapatkan khidmat seks dengan bermalam bersama seorang daripada wanita terbabit untuk satu malam.

LELAKI Bangladesh ditahan JIM Kedah di tingkat atas sebuah rumah kedai di Taman Sejati Indah, awal pagi hari ini. FOTO Luqman Hakim Zubir

Rosmaliza berkata, dalam serbuan itu dua wanita Thailand dikesan melakukan tindakan yang mengundang bahaya kepada diri sendiri dengan berjalan meniti bumbung dalam cubaan meloloskan diri daripada dicekup.
"Kita merampas wang berjumlah RM200 yang dibayar seorang pelanggan iaitu lelaki warga Bangladesh kepada seorang daripada wanita Thailand terbabit.
"Wang itu dipercayai dibayar pelanggan terbabit untuk bermalam dan mendapatkan khidmat seks yang ditawarkan kepadanya oleh wanita berkenaan," katanya.
Menurutnya, dua wanita Thailand berkenaan ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala lelaki Bangladesh pula ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana pas lawatan kerja sementaranya sudah tamat tempoh.

DUA wanita Thailand cuba meloloskan diri melalui bumbung dalam serbuan JIM Kedah di Taman Sejati Indah, awal pagi hari ini. FOTO Luqman Hakim Zubir
https://assets.hmetro.com.my/ima ... iti1_1649560098.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.319257 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list