CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Sabah] Empat parah dalam kemalangan tiga kenderaan

[Copy link]
Post time 9-4-2022 01:32 PM | Show all posts |Read mode


REMUK: Keadaan kereta MPV yang remuk di bahagian hadapan akibat bertembung dengan lori.

TAWAU: Empat mengalami kecederaan parah selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di KM36 Jalan Apas Balung, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu pacuan empat roda, kereta pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 1.40 petang.

Katanya, hasil siasatan kenderaan pacuan empat roda dan MPV terbabit dari arah bandar Tawau menuju ke Semporna, manakala lori tersebut dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan MPV berkenaan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut.

“Pemandu lori terbabit turut hilang kawalan ke laluan bertentangan selepas bertembung dengan MPV berkenaan dan melanggar bahagian tepi kanan pacuan empat roda,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Jasmin berkata, impak insiden itu, masing-masing dua penumpang kereta MPV dan pacuan empat roda berkenaan mengalami kecederaan parah.

“Polis masih meneruskan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053882 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list