CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Sabah] PPM Sabah tingkat penguatkuasaan kekang jenayah di perairan Sabah

[Copy link]
Post time 9-4-2022 01:30 PM | Show all posts |Read mode


BUAH TANGAN: Ahmad menyampaikan buah tangan kepada Zabidi semasa Majlis Iftar di Kapal serta Botronda PPM Wilayah 4 di perairan Kota Kinabalu di sini semalam.



SUMBANGAN: Zabidi menyampaikan sumbangan kepada warga PPM Sabah semasa Majlis Iftar di Kapal serta Botronda PPM Wilayah 4 di perairan Kota Kinabalu di sini semalam.

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah meningkatkan penguatkuasaan bagi mengekang sebarang bentuk jenayah serta pembolosan anasir yang tidak diingini dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata pihaknya sentiasa mempergiat rondaan di kawasan sempadan yang menjadi pintu masuk terutama selepas pembukaan sempadan serta bulan Ramadan kini.

“Kita menggerakkan purata sekitar 30 hingga 32 bot setiap hari untuk menjaga perairan Sabah dengan mempergiatkan rondaan di kawasan yang menjadi pintu masuk negara iaitu sekitar perairan Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan Labuan dan pantai timur Sabah terutama Tawau.

“Fokus kita adalah memastikan kawasan perairan Sabah sentiasa berada dalam keadaan selamat terutamanya peningkatan pergerakan sektor pelancongan di kawasan perairan Kudat hingga ke Tawau iaitu kawasan yang berdekatan dengan sempadan negara jiran.

“PPM sentiasa bersedia untuk menghadapi peningkatan kemasukan yang mendadak selepas dua tahun negara tidak membuka pintu sempadan dan tiada kemasukan pelancong ke negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media ketika hadir pada Majlis Iftar di Kapal serta Botronda PPM Wilayah 4 di perairan Kota Kinabalu di sini semalam.

Turut hadir Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah Datuk Zabidi Md Zain yang mewakili Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.

Ahmad berkata peratusan kekuatan pasukannya juga sentiasa mencukupi bagi penugasan sepanjang bulan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba iaitu anggota dan pegawai diberikan arahan mengikut kepada penugasan yang diperlukan.

Sementara itu semasa ditanya mengenai pengoperasian PPM Sabah, Ahmad berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi lain dalam menguatkuasakan undang-undang.

Katanya antara kes-kes yang diberi perhatian termasuklah kegiatan penyeludupan barang kawalan dan bunga api, penculikan untuk wang tebusan (KFR), kegiatan bom ikan serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Jika dilihat corak kegiatan penyeludupan semasa bulan Ramadan ini, PPM merekodkan tangkapan yang tinggi membabitkan cubaan membawa keluar barang kawalan termasuk minyak masak dan bahan api keluar ke negara jiran.

“Perkara ini kita ambil serius berikutan kita tidak mahu barangan yang disubsidi untuk rakyat Malaysia dibawa keluar sewenangnya.

“Oleh itu sama ada kita sendiri atau bersama jabatan lain terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan operasi bersama bagi mengekang kegiatan penyeludupan di perairan,” katanya.

Tambahnya pihaknya juga mengarahkan agar semua bot-bot memberi perhatian khusus dalam usaha untuk mengekang kejadian jenayah di kawasan perairan Sabah.


utusanborneo.com.my/2022/04/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.175570 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list