CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Sabah] BIMP-EAGA TAWAU mohon kerajaan teruskan pembinaan lebuhraya, CIQS Kalabakan

[Copy link]
Post time 9-4-2022 01:28 PM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Kalabakan dilihat sangat penting untuk meningkatkan pembangunan di negeri ini terutamanya daerah Tawau.

Laluan darat yang boleh menghubungkan antara Malaysia Timur dan Kalimantan Timur, Indonesia juga dijangka mampu menjadikan ekonomi di negeri ini semakin berkembang.

BIMP-EAGA East Borneo Economic Corridors (EBEC) antara Malaysia dan Indonesia mampu merancakkan lagi hubungan perniagaan kedua-dua negara.

Pengerusi BEBC-TAWAU, Wong Thart Sin (gambar) berkata lebuhraya Trans Borneo dan Pan Borneo dilihat mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada negeri Sabah.
“Lebuhraya dan CIQS di Serudong, Kalabakan ke Simanggaris Indonesia perlu diteruskan supaya hubungan perdagangan antara Malaysia dan Indonesia berjalan lancar melalui jalan darat,” katanya.

Katanya, BIMP-EAGA Malaysia, BIMP-EAGA TAWAU dengan kerjasama ASIAN Development Bank (ADB) bercadang untuk membina lebuhraya TransBorneo dan CIQS pada tahun 2016.

“Kerajaan juga sudah meluluskan RM600 juta untuk pembinaan CIQS Kalabakan pada tahun 2020, namun ditarik balik oleh kerajaan pada waktu itu.

“Peruntukan itu sekali lagi di kembalikan dengan jumlah yang sama pada tahun ini, tetapi malangnya pembinaan tersebut turut ditangguhkan baru-baru ini kerana kekurangan dana,” katanya.

Menurutnya, BEBC-TAWAU memohon supaya kerajaan pusat menyegerakan pembinaan lebuhraya dan CIQS di Kalabakan demi pembangunan ekonomi negeri Sabah.

“Saya juga memohon supaya kerajaan mengeluarkan peruntukan RM100 juta sebagai permulaan untuk projek itu.

“BIMP-EAGA akan bersama-sama kerajaan dalam merealisasikan projek ini sehingga berjaya, sekali gus membantu merancakkan ekonomi negari Sabah,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051655 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list