CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Perlis] Institusi kekeluargaan perlu bantu anak yatim

[Copy link]
Post time 9-4-2022 12:50 PM | Show all posts |Read mode

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

KANGAR: Institusi kekeluargaan perlu proaktif dalam membantu anak yatim merangkumi aspek perlindungan, pendidikan, kewangan dan kebajikan, sejajar dengan tuntutan agama.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah golongan itu adalah pewaris generasi akan datang, seperti kanak-kanak dan remaja lain yang memerlukan perhatian serta sokongan dalam membentuk masa depan.

"Sehubungan itu, besar harapan beta untuk melihat institusi kekeluargaan dan masyarakat, berganding bahu dalam usaha berterusan menyokong anak-anak ini dari pelbagai sudut khasnya kasih sayang, kebajikan, pendidikan dan kewangan," titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyantuni anak yatim daripada Kariah Kota Raja Arau di Masjid Negeri Arau petang semalam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua MAIPs, berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan daripada masyarakat berjumlah RM20,000 kepada empat Rumah Kebajikan Anak Yatim di Negeri Perlis, disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Mohammad Hazam Ismail.

Di akhir program yang sama baginda turut berkenan menyaksikan penyerahan van jenazah sumbangan Syarikat Ummul Travel And Tours Sdn Bhd bagi kegunaan Masjid Negeri Arau yang diterima oleh Imam Besar Negeri Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... lu-bantu-anak-yatim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.062833 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list