CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

[Perlis] 4 pemborong ayam kena kompaun

[Copy link]
Post time 9-4-2022 10:34 AM | Show all posts |Read mode

PEMBORONG ayam dkompaun anggota KPDNHEP Perlis setelah didapati menjual ayam standard pada harga RM8.10 sekilogram kepada peruncit ayam melebihi harga siling borong Penentuan Harga Maksimum Ayam iaitu RM7.60 sekilogram seperti diwartakan pada waktu ini. FOTO Ihsan KPDNHEP Perlis

Kangar: Empat pemborong ayam masing-masing dikompaun RM7,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Perlis kerana menjual barangan melebihi harga borong maksimum ditetapkan mengikut Penentuan Harga Maksimum (PHM) Ayam dan Telur Ayam.

Pengarah KPDNHEP Negeri Perlis, Norazah Jaapar berkata, kompaun dikeluarkan susulan pemeriksaan ke atas tiga premis syarikat pemborong ayam di Kuala Perlis, Bukit Pinang dan Simpang Empat di Kedah semalam.

"Dua pasukan seramai tujuh pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan ke lokasi berkenaan dan seperti yang diketahui, kerajaan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram dan harga siling borong ayam standard pada harga RM7.60 menerusi PHM Ayam dan Telur Ayam yang berkuat kuasa selama 121 hari bermula 5 Februari lalu sehingga 5 Jun hadapan.

"Empat tindakan dilaksanakan dan tiga daripadanya adalah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 kerana menjual melebihi harga borong maksimum mengikut PHM.

"Selain itu, satu tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 kerana tidak memperbaharui lesen berniaga dalam jual borong ayam terhadap syarikat pemborong ayam di tiga lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, pemborong berkenaan diberikan kompaun sebanyak RM7,000 mengikut kesalahan AKHAP 2011 dan siasatan lanjut sedang dijalankan, jika sabit kesalahan individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau kompaun sehingga RM50,000.

Manakala bagi kesalahan membabitkan syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000.

Norazah berkata, sepanjang pelaksanaan PHM ini, 1,575 pemeriksaan dilakukan ke atas peruncit dan pemborong ayam oleh anggotanya.

Sebanyak 25 tindakan sudah diambil dengan nilai kutipan kompaun berjumlah RM12,600.

Oleh itu, KPDNHEP mengingatkan kepada pemborong dan peruncit ayam dan telur ayam untuk mematuhi harga yang ditetapkan mengikut PHM Ayam dan Telur Ayam sepanjang ia dikuatkuasakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-ayam-kena-kompaun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.055942 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list