CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Sabah] Penunggang maut terperosok bawah treler selepas langgar lopak air

[Copy link]
Post time 9-4-2022 01:42 AM | Show all posts |Read mode


TERPEROSOK: Mangsa terperosok di bawah lori treler selepas motosikal dinaiki dipercayai melanggar lopak air.



OPERASI: Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah lori treler.

PAPAR: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal dinaiki dipercayai melanggar lopak air sebelum terbabas dan terperosok di bawah treler di kilometer 27 Jalan Papar-Kota Kinabalu di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata impak kejadian menyebabkan mangsa lelaki berumur 28 tahun itu meninggal dunia serta merta di lokasi pada jam 9.15 malam.

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar dan keadaan cuaca hujan lebat ketika itu.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa melalui jalan selekoh dan dipercayai terlanggar lopak air bertakung di atas jalan menyebabkan motosikal dinaiki terbabas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya kejadian menyebabkan motosikal mangsa memasuki lorong bertentangan dan merempuh lori treler yang membawa kontena di laluan terbabit.

“Impak pelanggaran menyebabkan mangsa terperosok di bawah lori treler berkenaan dan mengalami kecederaan serius.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Kinarut yang turut hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya sambil menambah siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.21 malam.

Katanya sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang penunggang motosikal tersepit di bahagian bawah lori treler dan operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan pasukan bomba.
“Sebaik disahkan meninggal dunia, mayat mangsa terus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 11 malam.


utusanborneo.com.my/2022/04/08
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.047031 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list