CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Sabah] Kilang perabot, rumah pekerja musnah terbakar

[Copy link]
Post time 9-4-2022 01:40 AM | Show all posts |Read mode


PADAM: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di bangunan kilang perabot di Jalan Keningau- Apin-Apin di sini semalam.

KENINGAU: Seorang peniaga mengalami kerugian selepas sebuah bangunan kilang perabot musnah dalam kebakaran di Jalan Keningau- Apin-Apin di sini semalam.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Keningau Sharudy Delamin berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah malam itu turut memusnahkan sebuah blok rumah pekerja enam pintu.

“Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.08 tengah malam sebelum menggegaskan sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi yang terletak 12 kilometer dari jarak balai.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran sebelum api berjaya dikawal pada jam 12.59 pagi,” katanya.

Beliau berkata kejadian menyebabkan kemusnahan sebuah bangunan kilang perabot serta rumah pekerja yang terletak berhampiran dengan membabitkan keluasan 60X120 kaki persegi.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian ini dan punca kejdian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 4.28 pagi,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/08
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.071620 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list