CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 630|Reply: 4

PBB Gantung Keanggotaan Rusia

[Copy link]
Post time 8-4-2022 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantung Rusia daripada menjadi anggota Majlis Hak-Hak Asasi Manusia pada Khamis berikutan tindakannya menyerang negara jirannya, Ukraine.


Badan dunia itu bertindak sedemikian selepas ia mengundi untuk menggantung Rusia daripada majlis tersebut.




Kredit foto: AP




Rusia menjadi negara kedua digantung daripada majlis berkenaan selepas Libya yang digantung pada tahun 2011.


Tindakan menggantung Moscow itu kemudian mendapat pujian daripada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.


Daripada 193 ahli Majlis Perhimpunan Agung PBB, sebanyak 93 anggota mengundi menyokong penggantungan seperti yang dicadangkan oleh AS manakala 24 lagi menentang.


Sebanyak lima puluh lapan ahli berkecuali dan selebihnya tidak mengambil bahagian,.


Bilangan ahli yang tidak menyokong penggantungan itu menunjukkan perpaduan antarabangsa yang semakin lemah untuk menentang Rusia menerusi badan dunia tersebut.


Moscow menolak penggantungannya itu dan menganggapnya sebagai tidak sah dan bermotifkan politik.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 05:02 PM | Show all posts
gantung dari majlis hak asasi bukan gantung dari PBB.


apa punya reporter
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Gantung tidak bertali tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 11:10 PM | Show all posts
putin peduli apa kau gantung ke apa.  sanction pun dah ala2 tak beri kesan teruk terhadap russia.  dan nampak merugikan eropah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada dia kesah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.043447 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list