View: 1057|Reply: 5
|
Telefon Bimbit Paling Kecil Dunia Popular Dalam Kalangan Banduan
[Copy link]
|
|
Telefon bimbit bersaiz mini dilaporkan amat popular dalam kalangan banduan di penjara United Kingdom (UK) bagi membolehkan mereka terus berhubung dengan dunia luar.
Lapor Daily Star, peranti mini, Zanco Tiny t1 adalah sedikit besar berbanding saiz duit syiling dua pound.
 Kredit foto: Zanco
Zanco Tiny t1 juga mesra dikenali sebagai boss beater kerana ia mampu diseludup masuk tanpa dikesan mesin pengimbas keselamatan yang digunakan pihak penjara.
Peranti mini itu mempunyai nada dering bunyi tembakan dan dilengkapi semua ciri kemudahan telefon bimbit klasik antaranya membuat panggilan, menghantar mesej, USB mikro untuk pemindahan fail.
Ia juga mempunyai ciri voice effect yang membolehkan banduan mengubah bunyi suara mereka.
Harga telefon bimbit mini itu boleh mencecah sehingga AS$1,000 (RM4,219) di dalam penjara.
Ia mudah diseludup masuk ke dalam penjara dengan disembunyikan di mana-mana bahagian badan atau bungkusan.
 Kredit foto: Amazon
Bateri telefon bimbit mini itu mempunyai jangka hayat selama tiga hari.
“Ia membolehkan anda bercakap melalui telefon sehingga 180 minit. Malah, peranti itu juga berfungsi dengan mana-mana rangkaian mudah alih.
“Lebih-lebih lagi, telefon bimbit mini ini direka hampir tanpa logam dan mampu melepasi mesin pengesan,” jelas laporan itu.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
pening pihak penjara nak fkir mcm mna nak trace benda alah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat yg rabun dekat cam I mmg matilanak xleh baca msg langsung |
|
|
|
|
|
|
|
kat mesia ada ka yg beli tepon cenggini? |
|
|
|
|
|
|
|
Ia mudah diseludup masuk ke dalam penjara dengan disembunyikan di mana-mana bahagian badan atau bungkusan
adakah dlm lubang bxxxxt |
|
|
|
|
|
|
|
Beli Panasonic GD55 je la....vibrate kemain kuat, volume pun lantang....nsb baik dah tak produced lagi.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|